Pelakon Ika Nabella awal petang semalam ada memaklumkan berita gembira buat para peminatnya apabila mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Mawar Berduri itu menerusi Instagram, tetapi tidak menyatakan pula usia kehamilannya.
Assalamualaikum Ramadhan. InsyaAllah jika Allah izinkan, suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ni.
“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Doakan yg paling baik pleaseee semoga doa2 tu berbalik pd kalian. Aminnn.. Now I can use this emoticon ? lol!,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, pelakon Rita Rudaini telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon asal Kangar, Perlis itu telah berkongsi foto ketika dia membuat persiapan raya buat anak-anak.
Di ruangan kapsyen, pelakon berusia 43 tahun itu telah berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu tunggal dalam membuat persiapan untuk menyambut bulan syawal.
“Setiap kali raya mesti mommy siapkan dorg awal2…senang,sbb mommy pon keja xtentu masa…lgpon mommy sorg2 yg urus kan segalanya…mommy suka planning,susun biar smuanya smooth…”
“bukan mudah handle sorg2 ,tp klau kena cara nya,insyaallah di permudahkan apa saja …xpernah mommy pikir ‘tak bole’ walaupon mommy xtau apa jd di dpn …baju raya,baju melayu,kasut raya utk anak2 mommy…”
“tu pon dorg xmintak bli kasut n bj casual..sbb dorg ckp kasut dah ada,bole pakai lg…tp mommy nak jugak bli sbb apa yg mommy dpt ni pon adalah ‘rezeki mereka’ …tkasih ALLAH…alhamdulillah…”tulisnya.
Lantas, perkongsian Rita telah menerima kecaman daripada seorang individu di ruangan komen pada gambar tersebut.
“Itulah, dulu ada laki tak pernahnya nk brsyukur. Sekarang dah sorang2 ngadu ke ig ajelah jawabnya..”tulis individu tersebut.
Lalu, kata-kata individu tersebut telah dibidas oleh pelakon yang terkenal dengan filem Mami Jarum Junior.
“syukur alhamdulillah…tkasih kerana follow ig i ni sbb nk tau sgt kehidupan n perkembangan i jgn goyang ..ig i xde benda..xbahagia mcm sis…dun worry sis…jaga laki elok2”tulis Rita.
Rata-rata netizen berasa marah dengan kata-kata yang ditulis oleh invidivu tersebut.
Di samping itu, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada Rita untuk terus cekal dan tabah.
Baru-baru ini, pelakon Syafiq Kyle ada bertanya buat para pengikutnya di Instagram mengenai apakah lauk raya yang perlu ada dan yang paling mudah untuk disediakan selain rendang?
Pertanyaan tersebut dibuat adalah berkisar iklan rayanya yang kini sudah boleh ditonton menerusi platform media sosial bintang Nur 2 itu.
“Selain rendang, lauk apa yang perlu ada dan senang nak masak untuk pagi raya? Share dengan Capik please,” tulisnya sambil memberikan pautan iklan raya penuhnya itu.
Lalu, rata-ratanya memberikan pelbagai dan tak kurang yang berbaur humor. Malah, ada beberapa komen yang ditinggalkan turut mendapat respon dari Syafiq.
Aduhai… macam-macam reaksi yang diberikan mereka kan? Apa pun, iklan raya istimewa ini juga turut menampilkan pelakon berbakat besar, Nabila Huda dan Sheila Mambo sebagai undangan khas.
Iklan ini mengisahkan perjalanan Syafiq bersama isterinya (lakonan Anna Jobling) yang pulang ke kampung buat pertama kali selepas berkahwin.
Sehingga kini, iklam tersebut sudah pun ditonton hampir 70,000 kali di YouTube.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Belum pun reda mengenai kepincangan rumah tangga melibatkan Bella Astillah dan Aliff Aziz, kini timbul pula hal rumah tangga selebriti, melibatkan pelakon Ammar Alifian dan isterinya, Nelissa Nezam.
Mencetuskan sensasi dan tanya tanya, isteri kepada bintang filem Paskal itu mendakwa suaminya itu telah belaku curang saatr dirinya sedang hamil enam bulan.
Pendedahan berani itu dilakukan Nelissa menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya, yang turut disertakan bersama foto alat penguji kehamilan.
“This Ramadhan has tested me in ways I never thought I would be tested…unfortunately I found out my husband of 3 years cheated on me while I was 6 months pregnant with his child. When I found out, it felt like my whole world had come crashing down and that I would not have the will to get through it.
“Thankfully I’m finding the strength in me through the support of close family and friends that is helping me pick up the pieces that he so carelessly broke. I never knew I was married to someone that is capable of such a heartless act.
“But I believe that everything happens for a reason and that Allah has better plans for me and my baby. Even though this Ramadhan has been the toughest for me to endure, I’m thankful for all that it has thought me and will continue to teach me.
“It will only get better from here, InsyaAllah,” tulisnya sambil diiringi dengan tanda palang #singlemother.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rakan terdekat termasuk selebriti turut memberikan sokongan dan dedikasi terhadap wanita berkenaan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.