“Jika Aafiyah Benar-Benar Berminat…,”- Tok Ti Hasrat Wariskan Empayar SimplySiti Buat Anak

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat mewariskan empayar perniagaan kosmetik SimplySiti kepada permata hatinya, Siti Aafiyah.

Siti selaku Presiden SimplySiti, penyanyi Anta Permana itu memberitahu, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memang bercita-cita mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila sudah dewasa kelak.

“Walaupun Aafiyah baru berusia setahun, tetapi dia suka dan teruja apabila melihat saya sedang bersiap dan mengenakan solekan.

“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya.

“Kalau nak dikatakan setakat ini, apa yang boleh saya beritahu tiap kali saya bersolek, Aafiyah pasti akan nampak teruja,” ujar Siti kepada MH.

Terdahulu, Siti ditemui media pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, siang tadi.

Pada masa sama, Siti pernah memberitahu beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.

Ini kerana baginya, beliau lebih selesa mendedahkan anaknya yang berusia setahun itu terlibat dengan ilmu agama sejak kecil.

IKLAN