Jihan Muse Disamakan Seperti Elly Mazlein, Solekan ‘Kena Tetak’ Forteen, Perdebatan Fans Fasal Zamani, Antara 5 Corat-Coret Semi Final GV5

Share

Barisan penyanyi yang sudah pun melayakkan diri ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) sudah pun diketahui awal malam tadi dan pastinya, keputusan yang dilakukan juri tetap, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama juri jemputan, Datuk Yusof Haslam mendapat reaksi pelbagai netizen.

Apa pun, seperti minggu sebelumnya ada sahaja adegan menarik yang berlangsung sepanjang program, lebih-lebih lagi pada minggu semi final ini apabila setiap pesertanya diberi tugasan menyampaikan dua buah lagu.

Dari A sampai Z, jom ikuti antara corat-coret menarik GV5 peringkat semi final yang sempat dirakam lensa MH.

Tampil dengan gaun potongan mermaid roma ungu gelap, penampilan Jihan Muse tampak elegan, hasil solekan Deq Sha. Bagaimanapun Nabil di awal rancangan sempat mengusik rakan hosnya itu saling tak tumpah seperti Elly Mazlein. Jihan secara spontan pula memberi reaksi ala-ala Kak Lina. “Joanjhiii?,” katanya!

Penampilan pertama kumpulan Forteen yang menyampaikan lagu Potret dari Akim dan Majistret dengan imej ganas lengkap dengan efel solekan seperti kena tetak, kata sesetengah penonton.

Dia Fadila pula lebih selesa menyanyi dengan berkaki ayam menerusi persembahan pertamanya. Memang letop!

Amelina yang mengembalikan nostalgia Bollywood apabila mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai mencipta kelainan apabila turut menjemput para peminatnya untuk sama-sama membuat persembahan di penghujung lagu. Awesome!

Kecoh atmosfera media sosial apabila nama Zamani disebut sebagai antara peserta yang layak bersaing di final. Ada yang seronok sakan dan sebaliknya. So what say you?

Menariknya, jom ikuti apa yang ingin diperkatakan Zamani mengenai pemilihannya ke final GV5 menerusi FB Live MH!

 

 

 

 

IKLAN