Jepun Dilanda Gelombang Kedua Selepas Tamatkan Lockdown, Aznil Nawawi Beri Respon

Share

Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi petikan artikel yang menyiarkan keadaan di Jepun selepas menamatkan perintah berkurung.

Menerusi laporan, pulau di utara Jepun dilanda gelombang kedua dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan 135 jangkitan Covid-19 selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.

“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please,” kongsinya.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi netizen.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Foto : Instagram Aznil Nawawi

IKLAN