Jika semalam MH ada berkongsi beberapa keping foto anak keempat pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, hari ini penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu sekali lagi membuatkan netizen tersentuh hati apabila memuat naik sedutan video detik-detik kelahiran anak keempatnya itu beberapa jam lalu.

Perkongsian menjentik emosi itu dikongsi Aliff menerusi laman Instagram miliknya. Mengakui pengorbanan seseorang wanita itu cukup hebat, Aliff dilihat memegang tangan istertinya, Datin Seri Nur Shahida sambil memberi kata-kata semangat saat proses bersalin.

IKLAN

Usahawan ini turut menitip kata-kata sayu perihal pengorbanan dan moment yang dilaluinya sekeluarga.

IKLAN
IKLAN

“Ketika ini sy berada bersama dia dan sy rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.. semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain.

 

“Walapun berbagai dugaan hampir 12tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever,” tulisnya sambil memberitahu, versi penuh video berkenaan boleh ditonton menerusi saluran YouTubenya. 

https://www.instagram.com/p/BkeT4tCHTpi/?hl=en&taken-by=aliffsyukriterlajaklaris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI