Bintang media sosial, Syafiqah Aaina sedikit kesal apabila menggunakan sabun dan syampu ketika memandikan anaknya,Raisya Arissa,2 bulan.
Akibat dari penggunaan bahan tersebut, kulit bayi comel itu kelihatan timbulnya ruam dan menjadi kemerah-merahan.
“Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macam ni
“Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby.
“Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun 🤪
Ads
“Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.
“But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?,” tulis Syafiqah yang merupakan usahawan produk kecantikan.
Berkongsi rakaman sewaktu menjadi tetamu jemputan di sebuah stesen radio tempatan, pelakon Atikah Suhaime ada mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman, selain berkongsi hal kerjaya.
Jelasnya pelakon Volkswagen Kuning ini, dia impikan lelaki yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan terbuka soal umur.
“Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang.
“Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakan.
“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit,” seloroh Atikah sambil ketawa.
Menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul Khayal,penyanyi Stacy Anam telah membuat persembahan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 malam tadi.
Tampil dengan imej berseluar legging, isteri kepada Akim Ahmad ini menerima pelbagai kecaman dan kritikan mengenai pemakaiannya ketika beraksi.
Bagaimanapun,Stacy tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?😂
“Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi x sangka pula bila perform atas stage dengan lighting,pergerakan dan macam2 benda jadi lain,” jelasnya.
Malah,Stacy merayu agar tidak memberikan komen yang keterlaluan kerana dia mempunyai harga diri.
“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan.
“Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya.
“X boleh buat salah atau x sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim…
“Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang x pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari x best ni.
“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga,” tulisnya.
Malah, anak kelahiran Sabah ini juga tidak mahu membabitkan keluarganya dalam hal sebegini.
“Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu.
“Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.
“Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guys.
“Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.
“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam2.
“Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy.
“Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadi,” akhirinya.
Awal hari ini, youtuber Syahmi Sazli yang terkenal menerusi ‘Drama Spontan’ ada berkongsi video pendek yang merakamkan pertemuan salah seorang bintang utama program tersebut, Yoe Parey dengan pelakon Bella Astillah.
Selain Asif, gelagat selamber dan spontan yang dimainkan Yoe Parey turut mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dimuat naik itu, keduanya dirakam sedang berbual sambil berseloroh antara satu sama lain.
Menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti mana orang lain, pelakon dan penyanyi Azira Syafinaz tetap bersyukur dengan segala perjalanan dan takdir yang telah ditentukan Allah SWT buat dirinya.