Abang sulung kepada Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi,35, mengakui dia tidak menyangka ucapan hari jadi daripada adik bongsunya itu di Instagram menjadi interaksi terakhir mereka sebelum pelakon berkenaan meninggal dunia, pada Khamis.
Menurut Ezra Zaidi, dia pelik apabila arwah memuat naik foto mereka bersama di media sosial kerana sebelum ini, Syazlin tidak pernah berbuat demikian bagi menjaga privasi keluarga.
“Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.
“Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia post dekat media sosial dan tag saya sekali sehingga ramai orang tanya tentang hubungan sebenar kami.
“Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya, lapor mStar.
Terdahulu, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam tadi.
Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah selain ahli keluarga termasuk sahabat dan rakan selebriti seperti Shah Jaszle, Mas Khan dan Fiza Thomas.
Ads
Ezra yang ditemui selepas upacara pengebumian jenazah Syazlin menambah, mereka merancang menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama memandangkan hari jadi Syazlin jatuh pada 14 November ini.
“Dia sudah berjanji nak sambut hari jadi kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tidak kesampaian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ezra memberitahu ketika dimaklumkan mengenai pemergian adik bongsunya itu, dia menyangka arwah ke luar kawasan untuk menjalani penggambaran.
Bagaimanapun apabila diberitahu Syazlin sudah meninggal dunia, dia segera ke Johor Bahru bagi mendapatkan kepastian berita tersebut.
Ads
“Masa diberitahu saya tengah kerja. Apabila sebut Syazlin sudah tiada atau pergi, saya ingat dia pergi kerja di luar kawasan seperti mana kebiasaan sebelum ini.
“Apabila sedar yang dia sudah meninggal dunia, saya bergegas ke Johor dan menuju terus ke balai polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian adik saya,” katanya.
Kata Ezra, Syazlin tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan namun sering berpindah randah bergantung lokasi dia menjalani penggambaran.
Ads
Memandangkan adiknya itu seorang yang menjaga privasi, mereka juga tidak mengetahui secara khusus tempat tinggal sebenar arwah.
“Dia memang tinggal bersendirian di Johor Bahru tapi kami tidak tahu lokasi sebenar rumahnya memandangkan dia sering berpindah,” jelasnya yang masih buntu dengan punca kematian arwah.
Dalam pada itu pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan seorang wanita maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto: MStar, Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mengakui dia kanak-kanak yang gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
Aaisyah yang kini berusia lapan tahun mendedahkan, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.
“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap),” katanya ringkas di dalam sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok ibunya, dua hari lalu.
Menerusi video yang kini sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan itu, wargamaya mulai memberikan reaksi yang pelbagai.
Malah ada di antara mereka yang menyifatkan anak perempuan tunggal Rozita yang mesra disapa Che Ta itu sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
“Aaisyah cantik sayang. Tak pakai mekap pun cantik sangat. Tak yah pakai mekap sayang…”
“Aaisyah kalau tak make up lagi cantik.”
“Aunty tak pernah kecam. Sayang memang cantik, tak payah pakai make-up ya!”
“Awak dengan anak Acik sama dari kecik suka mekap.”
“Biarlah nak buat apa pon kan sayang, lantak pi orang nak kata apa.”
“Takyah pakai make up yea…memang awak dah memang cantik. Pakai yang lite-lite & natural ja. Lawo dah.”
Terdahulu, Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan minat anak perempuannya itu yang gemar melaram atau bersolek.
Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat dan kesukaannya sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi Sheila Abdull yang selamat bersalin anak kedua seberat 3.8 kilogram (kg) pada 1 November lalu di sebuah pusat perubatan di Johor.
Menurut Sheila,32, keadaannya dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Sheila dan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir berhasrat untuk menamakan anak kedua mereka sempena nama bunga klasik.
“Memandangkan kakak (anak pertama) yang kini berusia tiga tahun dinamakan Chempaka Alaya, jadi kami nak namakan bayi ini Dahlia Aluna.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 8 November, tapi bayi baru 39 minggu dah 3.8 kg. Jadi tak nak tunggu tarikh itu takut dia semakin membesar. Jadi, kami pilih 1 November untuk menjalani pembedahan,” katanya, petik Harian Metro.
Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, bintang yang popular dengan lagu Mungkinkah itu mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga terlebih dulu.
“Minat untuk menyanyi tetap ada, tapi buat masa ini memang tiada perancangan lagi. Apapun kena tengok bagaimana situasinya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, berita gembira susulan kehadiran anak keduanya juga turut dikongsikan Sheila di Instagram miliknya.
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Isnin selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Perkara tersebut dimaklumkan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman menerusi beberapa hantaran status di Insta Stories miliknya.
Jelas Syahirah, menerima berita tersebut sejurus menerima panggilan daripada Fad sendiri.
“Bad news, baru duduk minum air settlekan barang-barang rumah. Fad call dia eksiden, dugaan apa ni.
“Doakan Fad please. Dalam keadaan ni ramai yang sampai tolong. Blur dah tak tahu nak buat apa. Fad on the way ke Avisena,” tulisnya.
Syahirah turut berkongsi foto bahagian lulut kiri suaminya yang luka cedera selain berkongsi perkembangan terkini Fad.
“Update for now, Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala to make sure semua bagus. Sebabnya masa dekat tempat kejadian, dia muntah.
“Tapi alhamdulillah dia kuat. Thank you mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Achey juga turut berada di tempat kejadian dilihat menguruskan urusan kemalangan.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik Achey di Instagram, dia turut mendoakan agar sahabatnya itu kembali pulih.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...