Jenazah penyanyi Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, kira-kira jam 1.20 petang tadi.

Suami kepada Siti Sarah yang juga bekas penyampai radio, Shuib serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed turut mengiringi sehingga ke liang lahad dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Terdahulu, urusan tayamum dan solat jenazah diuruskan pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM),  kira-kira jam 10 pagi tadi.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama pusara  arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

IKLAN

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis dan media serta peminat.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

IKLAN

Sebelum itu, Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

IKLAN

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, mereka sekeluarga termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan selebriti berkenaan berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI