Tahun 2017 merupakan tahun yang cukup sibuk buat usahawan dan selebriti, Neelofa.

Walaupun dia terlalu sibuk dalam kerjaya dalam bidang seni mahupun perniagaannya namun dia seolah-olah tidak mahu berehat dan jadual kerjanya juga sudah hampir penuh terisi untuk tahun ini.

Kalau anda mengikuti Neelofa di akaun Instagramnya pasti anda dapat lihat, kini pengacara wanita ini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat dan tujuanya kesana adalah untuk mengelolakan beberapa urusan dan salah satunya adalah sesi penggambaran untuk sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

IKLAN

Neelofa menyatakan pengalaman kerja bersama tenaga kerja di sana amat menyeronokkan bagi dirinya. Dia berkata lagi, semangatnya untuk bekerja makin melonjak apabila dikelilingi dengan mereka yang sangat ceria dan positif walaupun dirinya masih dalam keadaan jetlag.

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Mungkin kerana pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar, mereka sangat
mementingkan kualiti dan penjagaan masa. Tidak ada langsung masa yang dibazirkan
tanpa aktiviti pengambaran.

IKLAN

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Jenama Swarovski Pilih NeelofaSelebriti cantik ini juga turut menyifatkan bahawa jalinan kolaborasi bersama Swarovski adalah sesuatu yang sangat menyenangkan dan dia sangat teruja dengan kerjasama ini dan buat pengetahuan semua, ini merupakan tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.

IKLAN

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Dia berkata lagi, walaupun kunjungannya ke Los Angeles kali ini agak singkat namun ianya merupakan satu penziarahan yang amat bermakna. Neelofa juga mengatakan inilah masa yang terbaik buat dirinya untuk berehat seketika sebelum terbang ke New York bagi mengikuti kursus musim panas yang dikelolakan oleh United Nation.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI