Gara-gara kenyataan menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan payu dara, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah pun dikritik hebat oleh netizen.
Terbaru, seorang individu menyifatkan Azhar sebagai seorang bapa yang lepas tangan selepas dia dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas isu penampilan seksi anaknya.
Jelas individu berkenaan, pangkat sebagai seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata tetapi hendaklah disertakan dengan rasa tanggungjawab.
“Hebat statement ayah Leona ni. Kesian klinik dekat Malaysia kena pikul tanggungjawab untuk jaga wanita-wanita seksi. Harap-harap, takde owner klinik yang diazab kat akhirat nanti sebab tak dapat didik anak dengan betul.
“Gelaran ‘Ayah’ tu bukan datang sebab DNA sahaja, tapi ia datang bersama tanggungjawab. Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join Tiktok sama-sama.
Ads
“Kelakar pulak wujud ayah macam ni and still got a lot of people call him sporting dad,” tulisnya.
Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Keluarga Iskandar itu sendiri.
Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu menegur mengenai kesilapan dirinya tetapi hendaklah menggunakan cara serta bahasa yang betul.
Ads
“Are you a good dad? Siapa yang verify your performance? Anak you okay? Perjalanan kita mungkin pendek dan mungkin panjang lagi.
“Kalau nak berdakwah sekali pun lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya?
“Mengingati sesama insan okay tapi bahasa kena jaga brader. Lu suka ke kena sound macam mana lu sound gua,” balasnya.
Pada masa sama, Azhar jug turut dilihat memuat naik foto individu yang menegurnya itu di ruangan Instagram miliknya.
Ads
Malah, Azhar juga mengajak individu tersebut untuk bersemuka bagi membahaskan mengenai isu tersebut.
“Kalau lu rasa lebih hebat dari gua, jemput datang jumpa gua la. Lu buat gua panas. Jangan berani dekat belakang je,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Azhar supaya banyakkan bersabar dan jangan peduli komen negatif tersebut.
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Zizi Kirana mengakui ada yang bertanya mengenai tema persembahannya yang dilihat ada menyuntik elemen Jawa, Ahad lalu.
Lalu, penyanyi berusia 36 tahun ini ada memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di Insta Story.
Penyanyi kelahiran Sabah ini mendedahkan, elemen tersebut diterapkan dalam persembahan lagu Eh kerana asal usul keluarganya.
“Ramai juga yang tanya, kenapa saya bawak elemen jawa, kenapa tak melayu je? kan org Malaysia? Sebenarnya saya cuba untuk gabungkan asal usul keluarga saya.
“Atuk saya, Ayah kepada Mak saya, memang asli dari Sumatera, Indonesia, kemudian bertemu dengan nenek saya di Sabah Malaysia, mereka pun Bercinta, Kawin.
“Ada Anak dan skg ada cucu iaitu saya dan ramai lagi! Begituhh! Pastu? Kenapa saya pilih Nyai Roro Kidul, sebab dia sosok yang sgt powerful, pintar, lemah lembut, cantik dan misteri,” tulisnya.
Dia juga memaklumkan, hasratnya juga tercapai namun diterapkan imej hip hop yang sinonim dengan dirinya.
“Plus, saya memang berangan nak jadi macam dia..so malam kemuncak AJL 35 tu, tercapailah hasrat saya nak jadi macam Nyai Roro Kidul, tapi versi hiphop. Sekian,” tulisnya lagi.
Lagu Eh adalah lagu hasil ciptaan Zizi dan Altimet (Mambang) manakala komposernya pula ialah Navigator.
Foto: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu rakaman video ingin membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Zamarul Hisham.
Bagaimanapun, Diana memberitahu kejutan istimewa itu tidak menjadi apabila dirinya pula menerima kejutan daripada suaminya yang kini sudah menjangkau usia 50 tahun.
Di samping meluahkan rasa sayang kepada suami, Diana turut menitipkan ucapan serta doa kepada Zamarul agar sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
“Tau lah dia pelakon… memang pandai baca bila org nk menipu.. penat kita rancang kita yg terkejut tiba2 dia tau , dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate…
“anyway papa we love u more and forever ramai syg dia… moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat , sihat selamat berjaya … dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat… Amin ya Allah amin…. Doakan dia ya @zamarulhisham93,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kemesraan pasangan pelakon ini dan mendoakan agar mahligai cinta yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Imbas kembali, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 namun telah bercerai pada 15 Januari 2015.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab Kabul semula pada 15 Mei 2015.
Setelah hampir 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Diana Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram stories, penyanyi Nabila Razali ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap dirinya sewaktu mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.
“Thank you everyone for the love and support. But I think, this is it,” tulisnya.
Jelas Nabila atau Bella, dia sedikit pun tidak berasa menyesal untuk membuat persembahan di pentas sebesar AJL kerana menyifatkan segala keputusan yang dibuat adalah dengan kehendaknya sendiri.
Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut berharap agar semua tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tersebut di bahu pihak pengurusannya.
“It was my decision to put myself on stage. It was my choice and I’ve enjoyed every second of it. No regrets.
“Please do not put my management into blame as they worked really hard to fullfill my dreams,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan pihak pengurusannya juga telah melakukan yang terbaik demi memastikan segalanya berjalan lancar buat dirinya pada malam tersebut.
Terdahulu, isu melibatkan Nabila Razali di pentas AJL35 telah pun mendapat perhatian ramai pihak termasuk penyanyi senior seperti Datuk Hattan, Datin Alyah, Siti Sarah dan ramai lagi.
Rata-rata beranggapan Nabila telah pun melakukan yang terbaik malah, keberaniannya dalam menghabiskan persembahan tersebut sememangnya layak untuk diberikan pujian.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.