Jatuh Basikal.. Ustaz Azhar Idrus Patah Tangan & Hidung

Share

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.

Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.

Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.

“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.

Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.

Foto: Facebook UAI, Instagram Ahemad Rafeeq

IKLAN