Jarang Kongsi Hal Peribadi, Foto Dulu & Kini Datin Sofea Jane Sempena Ulang Tahun ke-25 Perkahwinan ‘Pancing Mata’ Wargamaya

Share

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-25, pelakon Sofea Jane ada berkongsi foto kenangannya bersama suami tercinta, Datuk Meor Azman Mohamed di Twitter.

Mendirikan rumah tangga pada 9 September 1995 lalu, pasangan tersebut hidup harmoni bahagia bersama empat orang cahaya mata.

Jarang berkongsikan sisi peribadinya sekeluarga, ternyata perkongsian yang dibuat bintang filem Sayang Salmah ini ‘memancing’ perhatian wargamaya.

Lalu, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat Sofea dan mendoakan agar dia sekeluarga hidup bahagia sampai bila-bila.

Sehingga kini, ciapan bergambar yang dimuat naik Sofea sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Sofea yang kini mencecah usia 48 tahun mulai dikenali menerusi beberapa barisan filem yang dilakonkan selain turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 1993.

IKLAN