Jarang Berlaku, Sosial Media ‘Meledak’ Bila Ronaldo & Messi Bergambar Bersama

Share

Dua ‘maharaja’ sukan bola sepak masa kini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menggemparkan media sosial seluruh dunia selepas masing-masing memuat naik gambar bersama di akaun Instagram.

Foto tersebut dirakam bersempena kempen khas yang bersama jenama fesyen antarabangsa, Louis Vuitton (LV).

Kedua-dua mereka yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman (GOAT) ini dilihat sedang bermain catur di atas ‘briefcase’ ikonik LV.

Foto tersebut nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya buat peminat tegar kedua pemain ini. Sebelum ini, segelintir peminat dilihat sering kali berbalah bagi membuktikan siapakah diantara dua idola ini layak diangkat sebagai ‘The Greatest Of All Time’.

Dalam pada itu, foto ini juga diramal bakal memecahkan rekod sebagai gambar yang memiliki tanda suka paling banyak di plaform Instagram.

Setakat ini, foto tersebut telah pun meraih lebih 27,000,000 tanda suka di platform Instagram Ronaldo manakala Messi pula 21,000,000.

Sekadar informansi, Ronaldo dan Messi telah mendominasi sukan yang dicintai ramai ini sejak 15 tahun yang lalu dan mereka juga telah mengecapi banyak kejayaan dipelbagai peringkat.

Jika digabungkan, kedua-dua mereka ini telah pun meraih 12 Anugerah Ballon d’Ors. Persaingan diantara mereka ini nyata menjadi inspirasi bukan sahaja buat pemain-pemain lain tetapi juga seluruh peminat bola sepak.

Terdahulu, Ronaldo dan Messi bakal berentap di Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 bagi mewakili negara masing-masing iaitu Portugal dan Argentina.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Louis Vuitton, Cristiano Ronaldo, Messi

IKLAN