Ayah kepada pelakon popular, Norman Hakim telah dimasukkan ke hospital dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (CCU).
Berita ini dikongsikan sendiri oleh Norman menerusi akaun Instagramnya yang menyatakan dia telah bergegas ke Kuantan setelah mendapat berita ayahnya dimasukkan ke hospital kerana jantung lemah.
“Rushed back from JB to Kuantan.Dapat call dari mak & update dari family’s whatsapps group di Kuantan yg heart ayah weak,currently under observation kat CCU
“Rasa ‘blackout’ kejap masa dpt tau tu,emotionally dropped in the first 30 second,then back to reality terus suruh wifey pack barang2,tarik anak2 semua keluar dari pool,checkout,start enjin & pecut
“Semua orang dalam dunia sayang ayah mak masing2,tapi bila jadi perkara mcm ni baru kita tahu berapa ‘dalamnya’ sayang itu .
“Alhamdulillah masa sampai td ayah dah back to stable condition.Mohon kawan2 saya yg baik hati & budiman utk sama2 doakan kekuatan & kesembuhan utk hero handsome kita HJ ZAIDON BIN HJ ABDUL RAHIM.Syafakallah Aamiin Ya Rabb❤,” tulis
Ruang komen pada perkongsian Norman ini telah dihujani dengan doa yang tidak putus-putus mendoakan agar kesihatan ayah pelakon ini kembali sembuh daripada peminat.
hajjahmar: Semuga ayahandamu cepat sembuh & diberikan kesabaran menempuh ujian.Aamiin.
rosnahawgtuah: Semoga ayahda tetap.kuat dan diberi kesembuhan.. keafiatan.. dan kembali.ceria..
nurin_izz_apparel: Allahumashfi buat ayah @normanhakim_786 … moga di beri kesembuhan oleh Allah swt
Benar apa yang Norman katakan, setiap insan di dunia ini pasti sayang dengan ibu bapa masing-masing. Kadang-kadang kita tidak dapat digambarkan betapa kasih dah sayangnya kita kepada orang tua kita.
MH doakan agar kesihatan ayah Norman pulih seperti sediakala dan segala urusan dipermudahkan.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI