Pelakon dan hos, Janna Nick tampil memberikan kenyataan berhubung isu tular yang melibatkan dirinya.
Jannah atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, tampil memberikan reaksi selepas menerima komen yang boleh membawa kepada fitnah selain menerima ugutan serta serangan peribadi.
“Meskipun penjelasan telah saya berikan menerusi video yang saya muatnaik sebelum ni, namun masih terdapat individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya yang turut membabitkan keluarga saya apabila mengatakan saya mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun serta Lisa Manoban.
“Saya juga berdepan dengan ugutan jenayah dan serangan peribadi terhadap Janna Nick dan Janna Nick Studios.
“Saya ulangi di sini, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun menerusi video yang direkodkan dan dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah pada tahun 2018 yang kini telah dimuatnaik dan disensasikan semula di media sosial ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.
“Adalah amat kesal apabila individu-individu yang mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah dan ugutan jenayah terhadap saya memilih untuk menerima tafsiran video atau sebarang penulisan yang dirujuk dalam perkara ini hanya dari sudut pandangan mata sendiri meskipun perkara yang berlaku adalah berlainan sama sekali.
“Ini adalah amat dikesali apatah lagi Sharifah Sakinah sendiri juga telah menjelaskan perkara ini dan memohon maaf pada tahun 2018 dan saya juga telah memberikan penjelasan di pihak saya. Walaupun hakikat perkara sebenar sama sekali tidak sebagaimana yang mereka tafsirkan, tetapi demi untuk tidak memanjangkan isu ini daripada berlarutan, saya juga telah membuat pernyataan maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara tersebut,” katanya.
Bintang drama Marry Me, Senorita ini turut menjelaskan mengenai dakwaan mempersenda anggota kumpulan K-Pop BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan menulis Lisa BLACKPIG dalam hantaran di Instagram.
Ads
“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai ‘Lisa Blackpig’, ianya adalah terpesong sama sekali.
“Sebagai seorang individu yang juga meminati ‘Korean culture’ yang bukan setakat industri hiburan mereka bahkan budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan tempat-tempat di Korea, tohmahan sebegitu terhadap saya adalah sangat tidak berasas.
“Saya sendiri pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan serta artis Korea dalam kerjaya saya dan saya amat menghormati mereka. Ianya adalah amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk saya menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban Blackpink dengan sebarang nama yang mengaibkan.
“Namun begitu, saya telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, ugutan jenayah dan serangan peribadi daripada pesalahlaku-pesalahlaku secara terang-terangan mahupun secara personal di mana mereka turut menyebarkan hashtag dan kata-kata kesat yang mengaibkan, menjatuhkan serta merosakkan nama baik saya serta Janna Nick Studios bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara,” jelasnya.
Ads
Dalam masa sama, Janna sekali lagi menegaskan, dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea, Kim Jong-hyun pada 2018.
“Saya ingin menjelaskan kepada semua, penggunaan terma “Si Mati” adalah merujuk kepada seseorang yang telah meninggal dunia dan digunakan secara meluas dalam prosiding di Mahkamah sebagai kata ganti diri yang sopan apabila merujuk kepada individu yang telah meninggal dunia tanpa mengira bangsa dan agama.
“Sila rujuk kepada perintah-perintah Mahkamah yang dikeluarkan, khususnya melibatkan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia,” katanya.
Janna turut membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlalaun.
Ads
“Saya ingin maklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini di mana siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia turut terlibat dalam mengenalpasti individu-individu pesalahlaku meskipun mereka cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.
“Saya dimaklumkan, dengan kemajuan teknologi yang digunakan dan maklumat daripada sistem data internet yang dikesan daripada alat peranti yang digunakan sama ada telefon pintar, komputer atau sebagainya, individu-individu pesalahlaku ini berjaya dikesan untuk tindakan lanjut akibat daripada tindakan jenayah, salahlaku dan pelanggaran undang-undang yang mereka lakukan.
“Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat juga kanak-kanak dan remaja di kalangan individu pesalahlaku ini di mana alat peranti dan sistem data internet yang digunakan oleh mereka adalah direkodkan di bawah nama ibu bapa dan/atau penjaga mereka.
“Saya juga dimaklumkan pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada pasukan polis, pegawai penyiasat dan pasukan peguam saya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbitkan di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan hashtag negatif membabitkan perkara ini untuk tindakan undang-undang yang akan mengakibatkan mereka disaman dan dihadapkan ke Mahkamah kerana salahlaku mereka adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan/atau telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara.
“Sama ada pesalahlaku ini sedar ataupun tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan dan ini mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya selaku rakyat Malaysia di kalangan pengguna media sosial dan dunia maya global.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan media, teman-teman dan penyokong dan peminat saya khususnya yang mempertahankan segala tuduhan dan tohmahan negatif yang dilemparkan oleh pesalahlaku-pesalahlaku ini.
Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi sama ada di peringkat industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah menyeru kepada suluruh anak muda untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama ibu bapa dan jangan terlalu leka mengejar urusan dunia.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, perkara seperti ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir anak muda kerana mereka merasakan waktu mereka sangat panjang.
Katanya lagi, perkara seperti ini juga sering kali dia ingatkan kepada adik-beradiknya.
“Saya ingin menasihatkan terutamanya buat anak-anak muda ketika ini, kadang kala kita merasakan kita punyai waktu yang sangat panjang. Misalnya bila kita lakukan sesuatu di luar, kita tak fikirkan apa yang berlaku di rumah.
“Saya tak perlu pergi jauhlah. Adik-adik saya sebagai contoh. Kadang kala mereka juga terlupa sampai saya kena telefon ingatkan mereka. ‘Korang dekat mana? Kenapa biar mak sorang-sorang?’ Perkara-perkara yang macam itulah.
“Kita kena beberbalik kepada tujuan asal. Apa sebenarnya tujuan kita di dunia ini? Siapa yang bawa kita ke dunia ini?,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi senior, ND Lala ini turut mengingatkan walau sebesar mana pun kejayaan kita di muka bumi ini, jangan pernah sesekali meninggi diri terutama dengan orang telah berkorban jiwa dan raga membesarkan kita.
“Kita kena selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri sebab pucuk pangkalnya kita tidak akan ada di sini tanpa ibu bapa kita.
“Ibu bapa kita ini ada satu je. Mereka tiada galang gantinya. Tiada dijual di Shopee atau Ali Baba. Layanlah mereka dengan elok sementara masih ada,” ujarnya lagi.
Malah, penyanyi lagu Bahagiakan Dia turut menyifatkan berbalahan diantara ahli keluarga merupakan sesuatu yang normal namun, ia tidak harus dibiar berpanjangan.
“Bagi saya sendiri, dalam apa jua keadaan sekali pun, sebagai anak beranak, kita tak boleh lari daripada perselisihan faham sebagai keluarga.
“Pada akhirnya nanti, apa sahaja perselisihan faham tersebut, saya selalu melihat seandaikan berlaku apa-apa keesokkan harinya, sempat tak untuk saya berbakti kepada orang tua saya.
“Perkara macam ni yang selalu budak-budak muda terlepas pandang. Mereka tak nampak sebab mereka merasakan mereka seperti hidup lama di dunia ini dan momen-momen berharga ini boleh dikembalikan,” akhirinya.
Dalam perkembangan, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 ini baru sahaja melancarkan single duet terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Liza Hanim yang berjudul Bahagiakan Dia.
Bahagiakan Dia juga merupakan lagu ost bagi drama Cinta Hilang Kata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Datin Diana Danielle berkongsi tips untuk mengalirkan air mata ‘secara langsung’ dengan menggunakan imaginasi atau membayangkan sesuatu perkara.
Kongsinya, emosi atau perasaan sedih akan timbul secara automatik dalam diri setiap individu sekiranya berdepan dengan sesuatu perkara.
“Senang je nak nagis ni. Dalam muka setiap manusia sudah ada satu sistem menagis.Kita tak payah tanya diri kita untuk menagis,hanya disertai emosi yang berat.
“Nasihat pertama adalah ingat perkara-perkara yang menyakitkan hati korang.
“Hanya ingat perkara itu,ingat dan hayati sehingga menganggu emosi dari dalam.
“Apabila perasaan kita dah ‘penuh’ dari dalam, secara tidak langsung, badan kita akan bertindak balas dengan apa yang kita rasa tadi,” kongsinya.
Beberapa minit kemudian, figura cantik itu mengalirkan air mata dan membayangkan perkara yang membuatkan dia bersedih.
“Apa yang saya lihat (bayangkan untuk menagis) adalah saya berada di kubur, dan melihat kubur ahli keluarga saya dan saya mengucapkan selamat tinggal.
“Walaupun itu bukan situasi yang benar, kita boleh gunakan situasi itu agar ‘nampak’ benda itu depan mata kita.
“Lalu, akan berasa sebak dan mengambil masa untuk kita belajar fokus tanpa rasa malu.
“Sekian saja dari saya mengenai cara-cara untuk mengeluarkan air mata,” akhirinya.
“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.”
Demikian pandangan pelakon, Ashraf Muslim selepas ditanya mengenai komen-komen keterlaluan netizen di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan mana-mana selebriti.
Ashraf, 40, yang kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, adalah lebih baik untuk beri teguran secara rasional supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.
“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.
“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.
“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.
Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui sejurus Sesi Tayangan Filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.
“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.
“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.
“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...