Janna Nick Bangga Sukses Syamsul Yusof, Adrian Teh; “Harapnya Satu Hari Nanti Boleh Berjaya Macam Mereka.”

Pelakon Janna Nick yang kini berjinak-jinak dengan kerja pengarahan dan belakang tabir melahirkan keterujaannya apabila dapat duduk sebaris dengan pengarah popular, Syamsul Yusof dan Adrian Teh.

Janna berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya, memaparkan ketiga-tiganya berada dalam sebuah majlis yang mengiktiraf kerja seni mereka anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Janna, Syamsul dan Adrian masing-masing menerima pengiktirafan sebagai Ikon Ekspresi Seni 2022 dan sijil tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

“Sebaris dengan orang-orang hebat hari ini. Harapnya satu hari nanti boleh berjaya macam mereka.

“Terima kasih untuk nasihat serta tips-tips yang berguna Syamsul Yusof dan Adrian Teh.

“Terima kasih juga Finas kerana telah memilih sebagai Ikon Ekspresi Seni 2022,” tulis Janna di ruangan kapsyen.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Rakan artis seperti Adeline Tsen, Salina Saibi dan Aleza Shadan serta peminat Janna tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pelakon berusia 27 tahun itu di atas penghargaan tersebut.

“Tahniah Janna. Langkah Janna Semakin hampir. Satu hari Janna akan menjadi seperti mereka, Insyallah.

“Alhamdulillah.. insyaAllah org yang berusaha kuat pasti akan berjaya suatu hari nanti.

“Tahniah Janna sayang, terus terbitkan karya-karya yang bermutu.

“Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat,” komen beberapa peminat Janna yang digelar Jannanickers.

IKLAN

Sekadar info, Janna sebelum ini pernah mengarahkan telefilem pertamanya, Delen yang disiarkan pada Februari tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Janna Nick