Teruja dengan pelancaran model telefon terbaru dari Vivo iaitu Vivo 9, wajah wakilannya, Janna Nick mengakui tidak sukar untuk bekerjasama dengan dua ikon untuk Vivo 9 (V9), iaitu Joyce dan pelakon, Alvin Chong.

Bercakap kepada MH sejurus selesai pelancaran model berkenaan di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelakon Dia ini mengakui sudah mengenali kedua bintang berkenaan, lebih-lebih Alvin yang sebelum ini pernah merakam sebuah lagu duet bersama berjudul Aku Kamu.

Single berkenaan merupakan salah satu runut bunyi untuk drama rantaian arahan Michael Ang, My Coffee lakonan Janna, Fattah Amin  dan Diayan Trisya.

IKLAN

Janna Nick Bakal Sambut Raya di Russia, Tonton Pembukaan FIFA World Cup 2018

“Saya sudah bersama Joyce sejak tahun lalu. Cuma kali ini baru dapat bersua dengannya sementara Alvin pula, kami pernah berduet sebelum ini dan dia merupakan antara rakan dalam industri.

 

“Jadi memang tiada masalah untuk berkerjasama.Semuanya okay saja,” katanya yang banyak terlibat menerusi promosi di media sosial bersama jenama telefon pintar keluaran China itu.

Berkongsi mengenai tugasannya sebagai wajah kepada jenama berkenaan, penyanyi lagu Akan Bercinta ini mengumumkan dia bakal terbang ke Russia selama lapan hari bagi mengikuti kejohahan Piala Dunia edisi ke-21 itu, yang kebetulan berlaku pada akhir Ramadan dan awal Syawal.

IKLAN

“Itulah bila jatuhnya pada raya nanti, saya ada juga terfikir untuk bawa keluarga sama. Saya okay saja bila kena ke sana waktu sambutan raya. Bukan nak dikata raya tu tak penting, ia penting juga. Cumanya untuk tahun ini saya sudah setkan, mahu utamakan kerja dulu. Tak apalah nanti pergi sana saya nak melaram baju raya dan bawa rendang sendiri,” seloroh Janna kepada MH.

IKLAN

Ditanya apakah reaksi keluarganya mengenai perkara itu, Janna bertuah kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami situasi dan tuntutan kerjayanya yang tidak menentu.

“InsyaAllah saya berada di sana sehingga raya keempat. Raya kelima sudah boleh beraya di tanahair. Bila saya beritahu mereka, mereka okay sahaja. Tapi itulah, saya ada juga rancang mahu bawa keluarga. Beraya sambil bercuti,” luah Janna yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang cukup menggemari sukan bola sepak itu.

 

“Saya memang peminat bola. Malah akan pergi stadium kalau berkesempatan. Jadi bila dapat peluang untuk tonton Piala Dunia, mengapa tidak kan?” jelasnya lagi. Dalam perkembagan lain, Janna juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama lapan episod berjudul Janji Arissa bersama produksi Singapura.

Foto: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI