Personaliti media sosial, Nizam Rahman ditegur ketika dalam perjalanan untuk hadir melakukan slot promosi bagi satu jenama di sebuah stesen televisyen Islamik pagi tadi gara-gara mengenakan pakaian wanita.
Nizam atau nama sebenar, Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, awalnya didekati dua orang lelaki yang bertanya mengenai tujuaannya hadir ke stesen TV berkenaan lalu mempersoalkan penampilan Nizam yang hadir berkebaya lengkap berambut palsu.
Nizam yang pada ketika itu sedang melakukan live di Facebook (FB) turut menerima pelbagai reaksi oleh pengunjung FB mengenai insiden yang berlaku.
“Nizam Rahman? Buat apa eh dekat sini? Ada shoot? Shoot apa? Lepas tu kau nak pakai macam ni masuk dalam? Fikirlah sikit… Awak tu laki,” kata salah seorang individu terbabit.
“Encik siapa ya? Sebab iyalah datang tak bagi salam, tiba-tiba nak sound kita macamtu kan?,” balas teman Nizam.
Situasi itu kemudiannya menjadi sedikit kecoh apabila Nizam dan temannya mendakwa individu terbabit mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.
“Lain kali janganlah panggil saya pondan. Assalamualaikum takde. Eh kurang ajar siot dia panggil pondan. Kurang ajarnya, terperanjat aku,” kata Nizam sambil berlalu untuk tukar pakaian.
Nizam bagaimanapun dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu ketika sesi promosi bersiaran secara langsung.
Ads
Tidak mahu membiarkan isu tersebut berpanjangan, Nizam yang terkilan dengan insiden itu memohon maaf seterusnya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sejurus program tersebut selesai.
“Aduhai kecoh betul pagi tadi. Macam ni lah, alang-alang dah viral biar saya terangkan. Ada yang kecam saya tak hormat sebuah stesen TV sebab berpakaian wanita.
“Saya tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV! Kalau TV komersil pun tak boleh ‘drag’, apa lagi TV stesen yang ketengahkan piawaian syariah macam TV Alhijrah.
“Memang taklah nak langgar macam itu kan? Saya masuk slot iklan pun sebab nak promosikan Serangup, itu sahaja,” katanya.
Ads
Nizam pada masa sama turut mendedahkan dia memang merancang untuk tukar pada sejurus sampai ke stesen TV berkenaan.
“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.
“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah yang tiba-tiba sound kenapa berpakaian wanit. Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok apa salahnya.
“Atau atau tanya dulu sebelum sembur. Itu yang saya saja lorat balik dengan diaorang. Nasib baik bukan staf TV Alhijrah atau staf JAWI.
“Saya memang rancang nak tukar baju masa sampai sana, kawan siap pegang baju lagi. Saya pakai macam tu sebab dari satu shooting untuk sebuah produk dan habis lewat sekitar 6.00 pagi.
Ads
“Saya hanya dua hari di KL, jadi terpaksa manfaatkan masa yang ada dan macam biasa, ada sesetengah klien nak saya bawa karakter Mona.
“Lepas habis shooting saya terus rushing ke TV Alhijrah untuk menjalani program Assalamualaikum Biz untuk promot Serangup.
“Memandangkan pertama kali ke sana, sajalah buat live nak bagitahu pada followers untuk tonton Assalamualaikum Biz.Tak sangka pepagi buta kena maki!
“Apapun saya minta maaf bagi sesiapa pun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham,” jelasnya yang turut memberi ruang buat pengikutnya untuk mendapatkan iphone 12 secara percuma.
“Kesempatan ini, saya nak umumkan jugalah pada followers yang nak menangi hadiah iPhone 12 dan wang tunai berjumlah RM1,000, korang boleh sertai #serangupdancechallenge menggunakan jingle Serangup yang sangat catchy.
“Siapa yang paling kreatif dan menari tik tok plg best akan dipilih sbg pemenang. Sekali lagi, Nizam mohon maaf atas kekecohan yang berlaku hari ini,” jelasnya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin, memaklumkan suaminya, Isz Mustapha terpaksa menjalani pembedahan Arthroscopy, Selasa lalu.
Kongsi Mila, suaminya mengalami kesakitan di bahagian bahu ia sekaligus menyebabkan kesukaran buatnya untuk bergerak sejak dua minggu kebelakangan.
“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila berjumpa doktor, katanya otot pada bahagian bahu koyak dan ada masalah pada tulang.
“Saya pun tak berapa faham sangat,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Persis Mutiara menerusi platform sama berkongsi berita gembira apabila memberitahu suaminya kini kian pulih seterusnya menunjukkan reaksi positif selepas selesai menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang telah mendoakan suami saya. Alhamdulillah suami saya dah semakin pulih dan sedar.
“Semalam tangan dah boleh gerak sikit-sikit, terima kasih atas doa kalian.
“MasyaAllah saya tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Alhdulillah syukur pada Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, Mila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, dilihat mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan suaminya yang perlu menjalani pembedahan atas masalah yang dialami.
Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin, 33, mendirikan rumah tangga bersama Isz pada November 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri yang kini berusia 3 tahun.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini tular di laman media sosial berkenaan seorang warga emas yang berkerja sebagai penghantar makanan telah mendapat perhatian wargamaya.
Malah, perkara itu turut mendapat perhatian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Ebit sendiri telah bertemu dan menghulurkan bantuan kepada warga emas yang dikenali sebagai Christine.
“Sayu sebak tengok auntie christine ti, chinese kl. Sampai jer tadi terus berbual dengan aunty ni di bus stop. Terus menangis terasa rapat jer. Berlinangan air mata.
“Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia.
“Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja. Mula kerja food panda guna kereta kancil lama.
“Saya tolong repair kereta kancil auntie. Sudah dekat 25 tahun kancil ini. Gantikan tayar baru dan service. Beri sedikit duit belanja.
“Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan,” tulisnya.
Ebit dalam hantarannya di Instagram itu turut memaklumkan wanita terbabit suka akan pekerjaan baru yang dilakukannya itu.
“Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini.
“Tengok ada job rm4 masuk. Happy auntie ni. Lepas tu ada lagi job rm7. Jarang dapat rm7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin.,” tulis Ebit.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyedari atas beberapa kekangan atas situasi semasa yang berlaku ketika ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia hanya boleh menganjurkan majlis aqiqah buat anak bongsu, baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, telah berkongsi momen saat mengadakan majlis aqiqah Aisha Amaira.
Fasha bagaimanapun menjelaskan, dia memberitahu tidak dapat mengadakan majlis cukur jambul berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.
“Kisah hari ni Aqiqah for baby Aisha, semoga menjadi anak yang solehah sayang.
“Belum dapat buat majlis cukur jambul due to PKP.
“We love you Aisha Amaira #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...