Menanti kelahiran cahaya mata sulung, pelakon dan usahawan Ardell Aryana enak menikmati buah nanas.
Bagaimanapun, segelintir netizen telah meninggalkan komen dengan rasa bimbang apabila pelakon itu ‘selamba’ menikmati buah tersebut yang dianggap ‘tajam’ bagi masyarakat dahulu kala.
“Cuma buat potongan seni sikit , 3 bahan ini sahaja boleh buat korang “Ngencesss”. Uuuuuiiihh!!! Tengok resepi makan pineapple ni.
“Full video boleh click je link YouTube di profile saya , inshaallah tak menyesal. Khas buat Followers 1.2M yang tengah keboringan , boleh add on dalam menu “ Tempoh berkurung “ korang.
Ads
“Selamat mencuba #stayathome and try this.
“Mudah, Sedap, Menyegarkan, ikut cara yang betul kat ok . #alhamdulillah pasni habis nenas di kebun,”tulisnya.
Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Saharul Ridzwan tidak kisah akan jantina bayinya itu.
Tambah pelakon drama Camelia itu, dia berharap agar proses bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir dipermudahkan dan anaknya berada dalam keadaan sihat, selamat dan cukup sifat.
“Boy ke Girl? 3 bulan je lagi! Ramai betul yang tanya. Sebenarnya sy memang ckp dekat doctor, sy tak nak tahu baby girl atau boy sampai lah Deena selamat bersalin nanti.
“InShaaAllah, tak kisah pun boy atau girl. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan baby sihat selamat dan cukup sifat Allah kurniakan. Amin Ya Rabb.
“Korang rasa boy ke girl? Agak2 ikut muka siapa. Eheheh. Doakanlah kami. Amin Amin Amin,” tulisnya.
Kian diberi pendedahan dalam dunia fesyen antarabangsa, Neelofa sekali lagi menarik perhatian apabila menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkenal, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu merakam rasa teruja apabila disolek jurusolek berkenaan, sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujarnya.
Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan.
Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Faralyna Idris mendedahkan bahawa dia pernah berhasrat untuk berhenti kerja dan memberi fokus pada keluarga dan anak-anak.
Bagaimanapun, Fara berfikir panjang untuk meneruskan kerjaya sebagai anak seni dan perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.
“Im 29, married, & blessed with 2 beautiful kids. MasyaAllah, Bonda pernah ada rasa ragu-ragu utk stop bekerja sementara, utk jadi fulltime housewife right after i got married. But looking at what i have became today, Bonda tahu that i have made the right choice.
“Yes, I catched up my work-life along the way, tapi.. keputusan utk beri 300% perhatian pada “kehidupan baru” yang baru je Bonda & suami build 6 years ago adalah satu keputusan yg sgt memuaskan, yg pernah Bonda buat dlm kehidupan Bonda.
“Bukan bermaksud skrg tak bagi sepenuhnya utk keluarga tau, tapi awal dulu kan baru nak tahu mcm mana kehidupan berumah tangga, ada suami nak jaga, tup tup ada anak pula, jadi nak adjust semua benda baru tu dlm hidup sgt sgt perlukan perhatian yang lebih, masa yang lebih, usaha yang lebih,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon wanita yang mula dikenali menerusi drama Kisah Kaisara 2 itu juga bersyukur dengan kehidupannya kini.
“Hari ini, walau masih panjang perjalanan & jauh sekali lah dgn “perfect” tu, tapi Bonda sgt puas. Walaupun bermcm perkara I have to go through. I shall save that for my next posting. Mesti ada susah senang dia kan, tapi jgn risau. Dia ada utk bantu permudahkan segalanya.
“MasyaAllah, Thank You Allah. Sesungguhnya aturan Dia itu yang paling tepat & terbaik,” akhirinya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.