Pelakon, Betty Benafe ada memberi pesanan dan nasihat kepada kaum wanita yang sering terpedaya dengan janji manis yang dilontarkan kaum lelaki.
Tambahan pula, ramai golongan wanita yang telah menjadi mangsa terutamanya di platform media sosial.
Lalu bintang itu menasihati kepada kaum lelaki untuk tidak menganiaya perasaan kaum wanita.
“Wanita. Jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya, artikel ilmiah yang di karangnya, gambar facebooknya, di instagram.
Ads
“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh di edit dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi.
“Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.
“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas.
Pelawak, Sharol Shiro ada berkongsi cerita apabila saat pertama kali berkenalan dengan penyanyi dan juga hos, Alif Satar.
Menurut Sharol, ketika pertama kali mereka digandingkan menerusi sebuah program, dia pada awalnya memutuskan untuk menarik diri kerana bimbang sukar untuk mendapatkan ‘chemistry’ bersama Alif.
“Saje nak bercerita, 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar.
“Kitorang digandingkan dalam sebuah program ‘Sukalattew’.
“Minggu pertama sebelum start program tu aku try la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih. Siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.
“Dalam hati ‘poyo gila mamat ni’. Ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni.
“Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab taknak partner ngan mamat ni. Rupanya dia pun sama, taknak partner dengan aku juga.
“Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam la ada pavillion kat kluang tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Alif meleset selepas mereka dilihat semakin rapat hari demi hari.
“Bos dah pening kepala. Dia cakap try la sampai sebulan dulu. Pelan-pelan kenal satu sama lain. Aku pun setuju. Hadap je la dia berbual dan try kenal dia lebih rapat.
“Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama jer gila-gila dengan aku.
“Break masa reasal akan solat asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat,” kongsinya lagi.
Menurut anggota kumpulan lawak, Shiro itu lagi, insiden tersebut telah mengajarnya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran sebaliknya harus mengenal hati budi terlebih dahulu.
“Masa aku kahwin dia la pengapit aku. Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program ‘Sukalattew’. Terus terang air mata jantan masing2 jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada diatas pentas yang penuh kenangan bersama.
“2020 masing-masing dah berkeluarga. Cara berbual pun dah ke arah bapa-bapa. Tapi gila-gila masih ada. Terima kasih kerana sudi hadir ke Johor bersama @majestic_johor .
“Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.
“Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yang kau lakukan. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” akhirinya.
Tersentuh melihat posting berkenaan, ini reaksi balas yang diberikan oleh hos program Big Stage itu;
“Sahabat, aku ingat lagi kau punya kepala gila nak melayan aku datang Kluang, sebelum kau nak gi menikah malam tu, petang siap bawa aku dengan @shadilahalid makan nasi kambing 40 hari.
” @anna_danisha pulak masa tu dok risau je sebab hantaran kau untuk dia tak beli lagi.
“Banyak moment kita share sebenarnya bro, tapi nanti kita sembang internal dengan anak-anak pulak!
“Thanks Ji bawa aku jalan-jalan dengan @majestic_johor . Semoga Allah makbulkan doa kau untuk kita semua. aameen,” balasnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.
“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.
“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.
“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.
Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.
Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ryan Deedat turut terkesan atas kehilangan sahabat artisnya, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada awal pagi tadi.
Jelasnya menerusi satu perkongsian di IG TV Instagram pada Jumaat, dia yang kini muncul dengan single Menari Dalam Gelap menyifatkan arwah seorang yang menghormati orang dan cekal hatinya.
Mereka berdua saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu selepas terlibat di dalam penghasilan lagu berjudul Salimah yang turut menampilkan Sandra.
“Pada tahun 2017 saya baru mengenalinya, ketika itu kami bersama-sama buat lagu berjudul Salimah. Ia berjaya dapat tempat di semua stesen radio tempatan, masuk Muzik-Muzik dan kami gembira.
“Anda semua tahu Sandra merupakan peserta Big Stage 2020 dan setiap minggu saya akan menyokongnya sejak hari pertama.
“Sebab saya teringat, dia ada berkata mahu serta Big Stage dan alhamdulillah dia berjaya sertai tahun ini,” katanya.
Ryan pada masa sama turut berkongsi keperibadian arwah yang disifatkan sebagai wanita yang baik.
“Dia seorang yang cekal, tabah, pandai menghormati orang lain dan selalu nak belajar benda baru. Saya juga tidak pernah dengar benda negatif daripadanya, dia selalu cerita baik pasal orang…
“Saya sayang Sandra dan saya percaya ramai orang di luar sana yang menyayanginya. Tapi Allah lebih sayangkan Sandra. Al-Fatihah,” katanya lagi.
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.