MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa negara kita, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang mengalami masalah obesiti terbanyak.

Pelawak popular, Abam Bocey sekarang ini dalam proses mengurangkan berat badannya dan tak dapat dinafikan badan Abam kini semakin susut.

Menerusi akaun Instagram Abam sendiri, dia telah menyeru semua yang mempunyai masalah berlebihan berat badan untuk mengubah cara hidup mereka agar tidak lagi diperlekehkan oleh masyarakat.

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

IKLAN

“Masih ada gemok yg xkeluar utk berubah…. Jgn malu utk keluar wahai kaum2 gemok… Sbb GEMOK IS AWESOME…. Jom kita keluar utk buat sesuatu supaya org tidak memperlekehkan kaum gemok!!! Buktikan yg gemok mampu berubah dan buat sesuatu yg diluar jangkaan!!,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Abam memberikan semangat buat dirinya untuk terus kuat menurunkan berat badan malah ramai juga yang menyokong kata-kata Abam itu.

permatadelimamerah: @abam_bocik semoga dipermudahkan segala urusan n ceria² selalu…☺ Pedulikn ape org nk kata… yg penting u happy ape yg u buat utk kesihatan diri sendiri… nk kurus bukannye senang… tp nk gemok memang senang.. Hehe.. Yg penting kita usaha n ada semangat nk kurus demi kesihatan tu dh terbaik utk u abam…??? good luck n pedulikn kata² yg x membina…?

IKLAN

alinrokiah: Ya saya sokong abam…saya pun gemok sya ttp berusaha macam abam untuk ubah diri sya jgan hina kita gemok kan..kita awesomee

jingmas: Smg murah rezki .abam.. biarla org nk ckp ape.. gemuk ke kurus .. ke janji bahagia.. yg ckp byk nie sl dengki.. biasa la manusia x leh tgk org lebih…?

IKLAN

saffiyaii: Abam nmpk dh kurus skit…terus kn usaha abam….

Semoga usaha Abam untuk menguruskan badan membuahkan hasil dan diharap kata-kata semangat Abam buat semua golongan yang berbadan besar itu dapat membangkitkan semangat mereka untuk berusaha mengurangkan berat badan.

Sumber: Instagram Abam Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI