“Jangan Lupa Minta Maaf Bila Dah Sah,” – Kaka Azraff Dan Kekasih Saling Berbalas Komen Di IG, Nikah Sekejap Lagi?

Share

Penyanyi, Kaka Azraff berkongsi foto berserta kapsyen-kapsyen seolah-olah sesuatu perkara besar akan terjadi di dalam hidupnya membuatkan netizen tertanya-tanya.

Malah, ada yang berspekulasi bahawa Kaka akan menamatkan zaman solonya dengan kekasih yang merupakan seorang ahli perniagaan, Adam Azriff.

Kisahnya, Kaka hari ini memuat naik foto Adam ketika muda berserta kapsyen yang mengundang.

“I see you later budak hingus,” tulisnya.

Di ruangan komen kelihatan Adam meninggalkan komen kepada penyanyi lagu Sibuk itu.

“Jangan lupa minta maaf later dah sah, kay bye not suppose to talk to ex girlfriend,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adam juga dilihat memuat naik mohon dipermudahkan semuanya di laman IG storynya, hari ini.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, ibu saudara Kaka iaitu Jojie Aminuddin yang juga merupakan pengurus penyanyi, Ella mengesahkan bahawa Kaka bakal bernikah malam ini.

Katanya, majlis itu bakal dilangsungkan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan orang terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Susulan itu, netizen juga turut menghujani Kaka dengan ucapan tahniah di laman komen Instagramnya.

Wah! Apa-apapun, MH ingin ucapkan tahniah buat Kaka dan pasangan.

Foto/Instagram: Kaka Azraff & Adam Azriff

IKLAN