Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram milik Hanis Zalikha telah memuat naik sekeping gambar bersama suami Hairul Azreen dan si cilik comel,Yusof Iskandar .Gambar yang telah dimuat naik itu telah berjaya menarik perhatian netizen apabila Hanis menerangkan pentingnya suntikan imunisasi buat anak agar terhindar daripada segala penyakit berbahaya.

Jangan Lupa cucuk Anak- Hanis Zalikha

Faktor keselamatan anak sentiasa diutamakan pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen terutama melibatkan putera sulung mereka.Siapa tak kenal Si Cilik yang menciut hati ini, Yusof Iskandar. Kecomelan dan keletah permata hati pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini selalu mencuit hati pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah angka 1.5 juta.

Sama seperti kebanyakan ibu-ibu di luar sana, Hanis juga tidak ketinggalan memberikan yang terbaik buat si comel kesayangannya itu.

IKLAN

Jangan Lupa cucuk Anak- Hanis Zalikha

“I love my family. Semua orang sayangkan keluarga mereka. Hancur hati Mommynis bila baca dan lihat bayi dan anak-anak kecil terkena penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan imunisasi.

 

 

“Apatah lagi penyakit yang telah lama terhapus, kemudian kini wujud kembali kerana ada yang memilih untuk tidak berikan suntikan imunisasi anak-anak. Anak dan keluarga adalah amanah Allah. Jagalah mereka dan secara tidak langsung kita menjaga kesejahteraan masyarakat,” tulis Hanis lagi

Penyakit-penyakit berjangkit ini yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti (kematian) dan risiko samada penyakit itu dapat dirawat atau tidak kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain.

IKLAN

Bak kata Hanis dalam perkongsian itu,penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti (kematian) dan risiko sama ada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Antaranya penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis dan lain-lain.

“Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain,”tulis pelakon cantik ini menerusi gambar yang sudah menerima lebih daripada 99,370 like.

Oleh yang demikain kepada ibu bapa muda, jangan lupa beri suntikan imunisasi untuk si kecil anda agar segala penyakit berbahaya dapat dihindar. Jangan sesekali abaikan aspek penting ni ya.

IKLAN

 

Sumber : Instgram haniszalikha

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI