Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof meskipun mereka sudah tidak lagi berkerjasama di bawah satu bumbung.
Menurut Yusof, sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa tumpang gembira dengan kejayaan anak-anaknya.
“Walaupun Syamsul kini tidak lagi mengarah filem untuk syarikat saya lagi dan sudah pergi ke arah yang lain, bagi saya tak mengapa. Sebagai seorang ayah, tiada siapa yang mahu melihat kejatuhan anak mereka sendiri.
“Saya sentiasa doakan filem-filemnya akan terus sukses. Dia akan senstiasa membawa nama saya dan keluarga dia sendiri,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Skop Production ini turut menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul agar dia terus cekal untuk berhadapan dengan segala ujian didalam kerjaya dan kehidupan.
“Saya berharap agar dia terus kuatkan semangat dan jangan lupa asal usul. Malah, jangan juga menganggap diri kita yang terbaik. Kejatuhan hari ini tak menjanjikan kita akan selamanya jatuh.
Ads
“Ada orang yang hari ini gagal, esok dia boleh berjaya. Kejayaan hari ini pula tak menjanjikan kejayaan hari esok. Maksud saya di sini, saya mahu dia sedar.
“Ada orang yang terlalu yakin yang esok dia masih boleh buat duit dan kaya lagi. Jadi, dia hidup mewah dan berbelanja tidak tentu hala. Itu namanya kita tak mensyukuri nikmat.
“Jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja agar kita ingat hari esok. Rezeki itu Allah yang tentukan,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pelancaran mural Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Yusof turut berharap agar anak-anaknya itu tidak tenggelam dengan populariti selepas mereka berjaya menghasilkan filem-filem yang meraih jumlah kutipan puluhan jutaan ringgit
“Walaupun Syamsul punyai rekod filem yang sukses yang sama seperti saya dahulu di mana saya menguasai industri filem selama 10 tahun, tapi saya sentiasa berhati-hati.
“Jadi, kepada anak-anak saya baik Syamsul atau Syafiq, berhati-hatilah dalam kehidupan terutama bab berbelanja. Ada orang ingat saya ini mendoa kejatuhan Syamsul.
“Itu tidak benar. Mereka kena lihat maksud disebalik nasihat saya itu. Saya tak nak jadi riak, segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Saya pun tak pernah terfikir satu ketika dahulu saya buat 10 filem, semuanya sukses. Saya tak pernah anggap diri ini hebat,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yusof turut memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir yang anak-anaknya itu akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi pengarah yang berjaya.
Ads
“Kejayaan saya ini disambung oleh anak-anak saya dan saya tak pernah bermimpi mengenai perkara itu. Tak sementinya saya pengarah, anak-anak kena ikut.
“Namun, ini semua izin Allah. Mereka dikurniakan bakat dan punyai ilmu di sekolah filem. Saya pula hanya belajar di jalanan.
“Ilmu ini juga mematangkan mereka untuk menjadi pengarah yang baik walaupun belum sempurna. Saya tak anggap mereka sempurna, ada yang lagi hebat dari anak-anak saya,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof akui teruja apabila filem Polis Evo 3 berjaya mencapai jumlah kutipan lebih RM50 juta seterusnya mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Instagram Jep Sepahtu, pelawak ini berkongsikan khabar duka apabila bapa angkat yang dikenali sejak 20 tahun lalu telah meninggal dunia.
Sewaktu dihubungi, dimaklumkan Haliman bin Masran merupakan anggota keluarga yang rapat dan dianggap sebagai bapa kepada anggota Sepahtu ini.
Walau bagaimanapun, maklumat lengkap mengenai sebab kematian tidak dinyatakan.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Terima kasih untuk segala jasa, tunjuk ajar dan nasihat. Aku kenal pantun ini kira-kira 20 tahun yang lalu di rumah orang tua ini.
Pucuk paku atas paku, Paku ada di atas dulang, Cari aku dalam aku, Aku ada didalam terang. . Al-Fatihah buat Haliman Bin Masran,” tulis Jep.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, yang telah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah Md Hashim atau lebih mesra disapa Teha, 25, hari ini.
Majlis pertunangan dijalankan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.
Pihak perempuan memberikan tujuh hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.
Majlis pertunangan telah disempurnakan mengikut adat Melayu oleh kedua-dua belah pihak dengan menyaksikan Muhd Firdaus mewakili pihak perempuan manakala Mohd Noor sebagai wakil dari pihak lelaki.
Lega kerana majlis berjalan lancar, Usop yang juga Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, turut merancang menamatkan zaman bujangnya Februari depan.
“Alhamdulillah, syukur semuanya dipermudahkan. Keluarga kami seronok malah ada yang menangis kegembiraan.
“Mengenai persiapan perkahwinan, kami fokuskan mana yang penting terlebih dulu. Selebihnya, pihak keluarga yang urus bagi memudahkan majlis tidak lama lagi. Setakat ini, persiapan sedang berjalan kira-kira 40 peratus.
“Atas keadaan semasa, kami rancang untuk untuk buaf majlis secara sederhana dan insyaAllah ikutkan perancangan akan dilakukan di Pulau Pinang juga,” katanya.
Usop dan Teha yang berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang mulai rapat sejak dua tahun lalu.
Usop pada masa sama berharap agar peminat serta mereka yang mengenali dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha selain dipermudahkan segala urusan sehingga majlis pernikahan kelak.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan ini,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah. Syukur, doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
“Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.
“Sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain dan kerja lain2.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni,” jelasnya.
Terdahulu, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.