Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui pelbagai perkara berlaku terhadapnya apabila berdepan dengan fasa putus cinta lebih 10 tahun lalu.
Malah akuinya, selepas sedekad hidup solo, dia sudah terfikir untuk mencari lelaki untuk berada di sisi.
“Bila sudah 10 tahun single, tidak terfikir untuk mencari lagi teman lelaki. Mungkin adalah selepas ini, saya tak tahu sebab ia belum sampai lagi dekat situ.
Belum sampai seru, belum sampai jodoh,” katanya kepada MH.
Dina yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini bagaimanapun akui pernah rasa sunyi hingga membuatkan dirinya menghadapi tekanan melampau gara-gara kesunyian.
“Beberapa tahun terawal ya, saya rasa sunyi. Apabila hubungan yang terjalin tidak kesampaian, saya akui ada rasa sedikit sunyi, malah pernah berdepan masalah depresi.
“Ia berlaku kerana kesunyian, bukan sebab tidak gembira dengan diri sendiri,” dedahnya yang turut menambah peristiwa itu berlaku pada awal dirinya terlibat secara serius dalam seni.
“Masa masuk dalam industri, adalah berkenalan dengan seseorang. Kemudian kami berpisah. Sebelum ini kita sudah biasa ada orang untuk mengadu. Malah ketika itu pun saya masih lagi muda, sekitar 22 tahun dan pertama kali bercinta waktu itu.
“Ketika alami despresi, saya tak mahu pergi ke majlis kahwin, kalau pergi menyumpah-nyumpah. Melainkan kalau saya pergi untuk menyanyi,” jelasnya.
“Kalau simpan, ia tiada gunanya pun. Kiranya positif itu datang sendiri,” kata Dina yang turut akui atas apa yang berlaku dirinya cuba menjadi individu yang lebih baik.
Ikuti rakaman temu bual penuh bersamanya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Faezah Elai memberi peringatan dengan berkongsi kata-kata hikmah daripada sahabat Rasulullah SAW, Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud, jangan sesekali mengikuti seseorang hanya untuk membuka aib kerana di akhirnya, amalan diri sendiri yang akan dihisab Allah SWT.
Jelasnya lagi, dia berusaha untuk terus istiqamah dan menyatakan langkah pertama untuk berubah ialah dengan menjaga lidah.
“Jangan mengawasi org lain,jgn mengintai geraknya,jgn membuka aibnya,jgn menyelidikinya.. Sibuklah dgn diri kalian,perbaiki aibmu.. kerana kamu akan ditanya Allah ttg dirimu,bukan ttg diri org lain..” – Sayyidina Ali Bin Abi Talib .
“Paham dak? At least i tried stage by stage to istiqomah.. u know whats the first stage utk berhijrah? Lidah!! Watch ur words!! Start dgn tu dulu.. tk payah kalut dgn org lain.. tak payah gigih buat fake account sbb nk cari aib org lain.. get a life,” tegas pelakon ini.
Malah, ulas ibu kepada dua anak ini lagi, jangan membazir masa yang diberikan Allah, sebaliknya buatlah perkara berfaedah yang mendatangkan manfaat kelak.
“Demi masa sesungguhnya manusia itu dlm kerugian…. buat lah benda yg berfaedah.. tgk baju sendiri dulu.. takut terkoyak teruk dok nampak pungkoq sendiri nala punya donggu tp dok kalut tgk hat org punya yg blom koyak pon benang baru nk beretaih,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by faezahelai (@faezahelai) on Jan 28, 2020 at 2:19am PST
Berubah itu mudah namun untuk terus istiqamah perlukan kekuatan mental dan harus terus diisi dengan ilmu kerohanian. Jangan sesekali kita menjadi sebab dan asbab seseorang itu berputus asa ke jalan Allah.
Foto : Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.