“Jangan Cakap Kasar Dengan Mak, Jangan Kedekut Dengan Mak.”- Azza Elite

Share

Penyanyi dan pelakon, Azza Elite kini sedang bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan membeli belah nombor satu di Malaysia iaitu Astro Go Shop.

Dalam kesibukan Azza menjadi seorang pengacara, Azza telah memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen iaitu;

“Jangan cakap kasar dengan mak, jangan kedekut dengan mak. Jasa mak melahirkan dan membesarkan kita tak dapat dibalas dgn wang ringgit.”

 “Kalau mak kita sorang sorang kt kg .mohon dengan Allah lindung mak kita ketika mak berseorangan.. deal..” 

“Selamat bekerja bg semua yg bekerja untuk bantu ibu bapa kita. biar Allah berkat duit yg kita dpt. sedikit tetapi Allah redha .. akan terasa cukup,” tulisnya.

Azza turut memberi pesanan kepada netizen untuk sentiasa menghormati dan mengingati pengorbanan jasa seorang ibu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dan nasihat yang diberikan oleh Azza dilaman media sosial. 

Terdahulu, Azza mulai bergiat aktif sebagai pengacara di Astro Go Shop semenjak dari awal tahun lepas.

Foto: Instagram Azza

 

 

IKLAN