“Jangan Busy Sangat Kerja Sampai Tak Berbuka Dengan Family,” – Eyra Hazali

Share

Walaupun dalam kesibukan dengan komitmennya pelakon, Eyra Hazali tidak seupaya mungkin tidak mahu melupakan tanggung jawab terhadap keluarganya.

Kongsi pelakon berusia 20 tahun itu, dia tetap akan meluangkan masa untuk berbuka dengan keluarga walaupun sibuk dengan karier lakonannya.

“Walaupun Eyra busy shooting bulan Ramadhan ni,tapi Eyra tetap akan luangkan masa untuk berbuka puasa dengan family @qiestinahazali @qharismahazali_ Korang mcm mana pula ?

“Jangan busy sangat kerja sampai tak berbuka dengan family tau !”

“Jom sertai peraduan Mari-Mari Erat sebelum 30 Jun 2019 & berpeluang menangi pakej umrah serta hadiah wang tunai! Layari laman Etika di http://bit.ly/EtikaRaya untuk maklumat lanjut”tulisnya.

Alhamdulillah, bagus sungguh Eyra ni, walaupun sibuk tetap tidak lupakan tanggungjawab dirinya terhadap keluarganya.

Untuk rekod, bintang drama bersiri Mr.Grey ini telah menerima Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) untuk kategori Artis Baharu MeleTOP.

Foto : Instagram Eyra Hazali

IKLAN