“Jangan Bising Pulak Aku Pakai Macam Ni. Bawa Baby Pergi Hospital, Lepas Tu Balik,” – Ain Edruce Maklum Awal-Awal!

Share

Model dan hos, Ain Edruce sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet di media sosial selepas memuat naik fotonya yang memakai seluar meski baru seminggu bersalin anak pertama.

Menerusi resksi yang diberikan warganet, ada yang mendakwa Ain seolah-olah tidak jaga pantang dengan betul walaupun tujuan asal dirinya keluar adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.

Terkini menerusi Instagram, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce menulis kapsyen dengan memaklumkan dia ke hospital sebagai rutin pemeriksaan anaknya pada hari ke-10 berpantang.

“Pantang day 10. Jangan bising pulak aku pakai mcm ni. Bawak baby pegi check hospital je.. pastu aku blk,” tulisnya sambil memuat naik beberapa foto kandid.

Perkongsian Ain nyata mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang ada ada yang memintanya supaya tidak ambil peduli mengenai komen orang lain.

Foto: Instagram Ain Edruce

IKLAN