Siapa yang tidak kenal dengan usahawan muda yang sering menggunakan hashatg #lelakicantik ini, Safiey Illias.

Jika dahulu Safiey pernah menimbulkan kekecohan apabila dikatakan mempermainkan agama untuk kepentingan sendiri, kali ini secara tiba-tiba Safiey telah memuat naik gambar Sajat dan meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan figura ini.

Melalui cara kepsyen yang ditulis Safiey, dia kelihatan terlalu penat apabila berdapan dengan pelbagai soalan yang mampu melaga-lagakan hubungannya dengan pengasa kecantikan itu.

IKLAN

Malah, dia meminta orang ramai untuk berhenti menyalahkan dan mengaitkan Sajat dan seorang lagi ‘rakannya’ kononnya menjadi sebab utama mengapa dia ingin menukar jantina semula setelah memaklumkan pada orang ramai ingin bertaubat.

Bukan Itu sahaja, Safiey juga meminta orang ramai untuk berhenti menyakiti hati sesiapa dan menyebabkan hingga timbulnya salah faham.

IKLAN

“Nak cakap sikit boleh tak? Jangan lah salahkan sesiapa terutama sajat atau rizulala atas apa yg berlaku pada saya (faham kan apa saya maksudkan). Sebab saya jadi sedih kadang2 bila korang tanya soalan itu ini menyebabkan kami pula ada salah faham.. apa yg berlaku kepada saya adalah atas pilihan saya.. tak ada kaitan dengan sesiapa.

 

“Jangan lah tanya soalan yg kadang boleh melukakan hati sesiapa. Jangan lah komen yg kadang boleh menyebabkan salah faham,” tulisnya di ruangan kepsyen.

Bagi MH memang benar, orang ramai tidak seharusnya menuduh sesiapa tanpa sebarang bukti.

IKLAN

Dalam hal sebegini sebenarnya semua keputusan terletak di tangan tuan punya badan sendiri kan?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI