“Jam Harga RM250k, Kereta RM2 Juta, Beg RM25k & Seluar Dalam RM1k,” – Datuk Seri Aliff Syukri

Share

Tidak dinafikan, ada sahaja posting Instagram usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang ‘mengundang’ perhatian netizen.

Menerusi posting yang dimuatkan sehari lalu, penyanyi Cowok baru ada mendedahkan harga persalinannya untuk ke pejabat dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Tiada niat untuk menunjuk, sebaliknya anak kepada usahawan Rozita Ibrahim ini mengingatkan orang ramai supaya jangan hidup dalam mimpi tanpa usaha.

“Jam harga rm250k kete rm2juta , beg abg harga di rm25k kasut rm4k baju dan seluar rm4k .. seluar dlm 1k .. untuk berjaya kita kena selalu berangan angan bagi abang.

“Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi. Hidup dalam mimpi tidak ada artinya sbb kamu hanya membayangkannya tanpa merasainya.

“Nak abang ajar macam mana cara nak berjaya?,” tanya Aliff sambil berkongsi cara.

Lalu, ribuan komen membanjiri posting berkenaan dan rata-ratanya memberi reaksi pelbagai.

Terdahulu, Aliff baru sahaja melancarkan single terkininya Cowok Baru yang turut menampilkan bintang Seberang, Lucinta Luna dan Upiak.

Foto: Instagram Datuk Seri Alifg Syukri

IKLAN