Pagi tadi pelakon lelaki terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan pengsan selepas menjadi salah seorang tetamu di dalam program bual biacara yang disiarkan di stesen TV AlHijrah.

Menurut satu sumber, Datuk Izelan Basar yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif stesen TV berkenaan berkata bahawa Jalaluddin telah mengalami sesak nafas ketika beliau menuju ke keretanya selepas program tersebut.

“Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, beliau kelihatan sihat dan meminta diri untuk pulang.

 

“Dia berjalan kaki ke tempat letak kereta berdekatan Muzium Kesenian Islam, bersebelahan kompleks penyiaran kami,” jelasnya.

Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas Program Bual Bicara

IKLAN

Izelan berkata lagi, semasa Jalaluddin mengalami sesak nafas di kawasan parkir, dengan segera dia menghubungi anaknya untuk memaklumkan bahawa dia berasa kurang sihat.

Anak Jalaluddin cuba untuk menghubungi semula bapanya itu namun panggilan itu tidak dijawab.

IKLAN

Kerana bimbang dengan keadaan Jalaluddin yang kurang sihat itu, anaknya dengan segera menghubungi ambulan dan memmaklumkan tentang kesihatan bapanya itu.

“Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Diharapkan tiada perkara yang serius berlaku kepada Jalaluddin dan semoga kesihatannya kembali normal seperti sediakala.

IKLAN

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Jalaluddin dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI