“Jaga Diri Mommy To Be,”- Tayang Foto ‘Baby Bump’, Peminat Minta Eyra Hazali Jaga Kandungan

Share

Pelakon Eyra Hazali baru-baru ini ada memuat naik foto ‘baby bump’ di Instagramnya.

Difahamkan, kandungan bintang filem Ratu Kala Jengking itu kini memasuki usia tiga bulan.

Dalam pada itu, peminat menasihati agar bintang filem Ratu Kala Jengking itu menjaga kandungan dan kesihatan diri daripada wabak penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin serius kini.

“Korang,please kalau ada hal penting nk urus baru keluar, jangan la keluar melepak even depan rumah. Please dont be selfish!,” tulisnya.

Terdahulu, Eyra telah memuat naik video ‘unboxing’ kandungan kit ujian kehamilan dengan membuat kejutan kepada suaminya, Haziq di Instagram miliknya.

Eyra dijangka bakal timang bayi sulung mereka Ogos depan.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), berkahwin pada 1 November 2019.

Foto : Instagram Eyra Hazali

IKLAN