Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini sudah kembali berkerja menguruskan perniagaan miliknya setelah beberapa sektor ekonomi dalam negara diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk beroperasi.

Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin memberitahu untuk menjadi seorang ibu yang berkerjaya dalam dunia perniagaan bukan satu perkara yang mudah.

Kembali Kerja Cari Rezeki, Mila Jirin Doakan Semua ‘Super Mom’ Dipermudahkan Urusan Kembali Kerja Cari Rezeki, Mila Jirin Doakan Semua ‘Super Mom’ Dipermudahkan Urusan

Namun, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini meluahkan rasa syukur kerana suami dan ibu mentuanya menjadi penyokong, banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.

“Dalam kekalutan menguruskan macam macam. Allah bagi sedikit UJIAN TAMBAHAN. Apa pun tetap SYUKUR ALHAMDULILLAH. Harini mommy dah start activate button #SuperMom.

IKLAN

“Jadual Kerja mommy perlu dirombak serta merta. Dalam uruskan hal kerja dan hal rumah serta uruskan Anak. Alhamdulillah en Suami banyak sangat bantu hal hal rumah Mak Mentua pun sanggat #suppotive.

“Restructure @bizmilla_wedding_centre yang akan mula OPERASI semula OCTOBER ini #facemaskmilla 4ply LAUNCH 1st OCT,” tulisnya.

Kembali Kerja Cari Rezeki, Mila Jirin Doakan Semua ‘Super Mom’ Dipermudahkan Urusan Kembali Kerja Cari Rezeki, Mila Jirin Doakan Semua ‘Super Mom’ Dipermudahkan Urusan

IKLAN

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi tips bermanfaat buat para ibu dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Mommy buat kerja dengan penuh #istighfar Hasbunallah Wanikmal Wakil…InsyaAllah. Allah ada untuk mudahkan semua urusan.

IKLAN

“Mommy doakan semua #SuperMom diluar sana diberikan kecekalan hati dan kekuatan mental fizikal dalam menguruskan semua urusan. Ringankan dimulut “Allahuma ya barik” sentiasa ya.

“Muah…Supermom Junior Check in Psssttt mommy cuma request dengan en suami “TOLONG CARIKAN MESIN LIPAT BAJU”. Mommy alah dengan lipat baju ni,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Kembali Kerja Cari Rezeki, Mila Jirin Doakan Semua ‘Super Mom’ Dipermudahkan Urusan

Foto: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI