Pelakon, Fauziah Ahmad Daud berkongsi satu coretan khas buat netizen di laman Instagramnya semalam.

Kisahnya, dia yang turut mesra dipanggil Kak Ogy itu mengajak netizen agak tidak terlalu emosi dalam kes melibatkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia semalam.

“Kalau bukan insiden itu pun da memang janji almarhum yang dia akan pulang pada ALLAH tanggal 17 Disember 2018, j9.41 malam kan?

“Kita orang Islam da dididik mengenai ini kan? Jadi perlu ke kita nak membalas dendam? Atau mendoakan perkara yang tidak elok pada Bangsa yang menganut agama lain? Biarlah ALLAH uruskan mereka.

IKLAN

“Ingat lagi kisah seorang wanita Quraisy yg digelar ‘Akilatul Kibdah’ atau pemakan hati. Beliau adalah Hindun Bt Uthbah. Pada saat perang uhud berkecamuk dia sempat meperlakukan jenazah Hamzah di luar batas kemanusiaan.

“Namun dia tebus kesalahan dia di zaman jahiliyah dgn menjadi muslimah teladan dan pembela agama ALLAH SWT. Moral posting saya ni kalian sendiri faham apa yg saya nak sampaikan.

“Coretan ikhlas dari saya,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Coretan Ikhlas Dari Saya

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Di ruangan komen, kelihatan ada netizen yang bersetuju dengan coretan Ogy namun ada juga yang tidak malah meminta agar pelakon filem Ali Setan itu meletakkan diri di tempat keluarga Allahyarham sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

IKLAN

“Jadi Perlu Ke Kita Nak Membalas Dendam Atau…,” – Kematian Pegawai Bomba, Ini Pandangan Ikhlas Kak Ogy Pada Netizen “Jadi Perlu Ke Kita Nak Membalas Dendam Atau…,” – Kematian Pegawai Bomba, Ini Pandangan Ikhlas Kak Ogy Pada Netizen “Jadi Perlu Ke Kita Nak Membalas Dendam Atau…,” – Kematian Pegawai Bomba, Ini Pandangan Ikhlas Kak Ogy Pada Netizen

Sebelum ini, #Justice4Adib mula tular di laman media sosial sejak netizen dikhabarkan berita kematiannya, malam Isnin lalu. Sejak itu, orang ramai mengharapkan agar kematian Adib dapat dibela memandangkan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Foto/Instagram: Fauziah Ahmad Daud

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI