“Jadi Juara Pertandingan Ini,” – Shamsul Ghau Ghau ‘Payung’ Memori 2 Dekad, Masih Ingat Dengan Sinaran Pasport Kegemilangan?

Share

Penyanyi dan hos senior, Shamsul Ghau Ghau ada mengimbau kenangan ketika saat menjadi juara rancangan hiburan, Sinaran Passport Kegemilangan, pada tahun 1994 lalu.

Sedari itulah, perjalanan seninya bermula dan kini, usia penglibatannya dalam dunia hiburan mencecah kira-kira 26 tahun lamanya.

“Sinaran Pasport Kegemilangan Program ini yang Menjadi Fenomena Baru pada Tahun 1994.

“Pak Su menjadi Juara Pertandingan ini.

Tahun ini genap 26 tahun Pak Su dalam Dunia Hiburan,” tulisnya merakam kenangan.

Di samping itu, rata-rata peminat turut mengimbau kenangan saat Shamsul dinobatkan sebagai juara program tersebut.

Untuk rekod, Shamsul atau nama penuhnya Shamsul Azahar Alidin telah dilahirkan di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak Darul Ridzuan.

Lagu yang paling sinonim dengan dirinya hingga sekarang ialah Lagu Hits Buatmu. Malah bintang ini juga pernah menjadi hos Anugerah Juara Lagu.

Video: Instagram Shamsul Ghau Ghau

IKLAN