Mengambil cabaran, aktres Datin Lisa Surihani akui berasa gementar apabila diundang untuk menjadi hos jemputan program hiburan popular, MeleTOP, pada Selasa.

Maklum pelakon berusia 36 tahun ini, dia sememangnya mengalami situasi sedemikian, apatah lagi apabila ia disiarkan secara langsung.

Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “Perasaan Gementar Kendalikan Program Siaran Langsung Ni, Susah Nak Terangkan…” Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “Perasaan Gementar Kendalikan Program Siaran Langsung Ni, Susah Nak Terangkan…”

Terdahulu, Lisa sepatutnya digandingkan bersama hos tetapnya, Nabil Ahmad namun dia tidak dapat hadir di saat akhir atas kekangan kesihatan.

Lalu, Lisa digandingkan bersama rakan pengacara dan pakar motivasi, Amin Idris.

Difahamkan, kedua-dua figura ini diundang sebagai hos program tersebut bersempena episod istimewa Hari Raya Aidiladha.

IKLAN

Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “Perasaan Gementar Kendalikan Program Siaran Langsung Ni, Susah Nak Terangkan…” Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “Perasaan Gementar Kendalikan Program Siaran Langsung Ni, Susah Nak Terangkan…”

“Alhamdulillah, selesai tugasan sebagai Hos Jemputan bersama @amin_idris .

“Terima Kasih @meletop sudi menjemput saya sempena episod Hari Raya Aidil Adha.

“Perasaan gementar untuk kendalikan sebuah rancangan siaran langsung ni, susah nak terangkan tapi Alhamdulillah.

IKLAN

“Terima kasih Bro @amin_idris kerana memberi sokongan yang amat baik walaupun diminta bertugas pada saat akhir.

“Sama-sama kita du’akan moga @nabilzira sembuh dan dikurniakan syifa’. Harapnya sambil-sambil penonton terhibur, dapat juga hadam pengisian yang bermanfaat.

“In shaaAllah,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “Perasaan Gementar Kendalikan Program Siaran Langsung Ni, Susah Nak Terangkan…”

Untuk rekod, program MeleTOP bersiaran langsung pada setiap hari Selasa, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Lisa Surihani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI