“Saya nak maklumkan kepada saudara-mara atau pun kenalan-kenalan yang mengenali abang saya, Dato Wan Suhaimi atau pun orang panggil Abang Mie baru sahaja menghembuskan nafas terakhir setelah lama juga dia sakit.
Ads
“Sekarang baru sahaja lima minit, 11.50 malam (Selasa) dia pun telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Bharu.
“Saya mohon pada semua yang mengenali beliau agar mendoakan, ampunkan segala dosa, halalkan segala hutang… doakanlah abang saya. Dia abang saya yang paling baik,” katanya sebak menerusi video yang dikongsikan.
Sementara itu pada ruangan kapsyen di hantaran sama, Nora turut akui arwah sebagai abang penyayang yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Ads
“Saya ingin maklumkan bahawa abang saya, Dato Wan Suhaimi baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di hospital Kota Bharu. Mohon doakan, diampuni dosa-dosa dia dan ditempakan bersama orang beriman.
“Dia adalah satu satunya abang yang paling baik dan sangat penyayang dengan saya serta selalu support kerjaya saya.
“Kesihatan abang Mie mula terganggu semenjak kematian isterinya yang tercinta. Al fatihah. Ja (Nora) sayang abang Mie, tapi tuhan lebih menyayangi dia,” tulis Nora.
Ads
Peminat dah rakan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah serta mengucapkan al-Fatihah atas pemergiaan abang tersayang di ruangan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan insiden membabitkan diri serta anaknya, Laana Haura, penyanyi dan pelakon Lufya Omar mengakui dia sudah pun membuat laporan polis, pagi tadi.
Meski masih trauma selepas berdepan detik cemas dipukuldi bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Lufya menjelaskan laporan tersebut polis dibuat di Balai Polis Kota Damansara sekitar kira-kira jam 6 pagi.
“Tak ada istilah saya cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis. Ini soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan.
“Jujur saya dan anak masih dalam keadaan trauma. Malah pada masa sama, saya juga dalam rawatan di hospital. Jadi saya ambil masa bertenang untuk bawa hal ini kepada pihak polis.
“Selepas rawatan di hospital pagi tadi, saya dan anak ke balai polis. Kebetulan waktu itu tiada ramai orang, jadi kurang sedikit rasa trauma itu. Setakat ini saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
Terdahulu, di dalam kejadian jam 4 petang 26 Jun lalu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar telah memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menafikan lelaki yang memukulnya itu adalah bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
“Lelaki itu orang asing yang saya sendiri tak kenal. Dan bukan bekas suami saya seperti yang ditebak netizen.
“Ada yang anggap keterangan gambar saya mendedahkan insiden ini di Instagram (IG) bertulis lelaki dayus merujuk kepadanya itu tidak benar sama sekali.
“Bagi saya mana-mana lelaki yang memukul wanita adalah seorang dayus. Kita belum tahu siapa pelakunya. Cuma jangan babitkan dia (Hafiz), biar polis buat kerja mereka,” katanya lagi.
Lufya pada masa sama menjelaskan, niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang mempunyai anak.
“Sejujurnya saya risau dengan komuniti masyarakat di Damansara, sebab itu saya beranikan diri mendedahkan insiden itu. Walaupun saya masih tebal dengan perasaan trauma.
“Malah saya difahamkan sebelum saya kena pun, sudah berlaku kejadian sama,” katanya.
Lufya menyifatkan peristiwa hitam itu umpama babak drama yang ditontonnya di kaca TV dan pawagam.
“Selama ini, saya melihat babak atau aksi ganas dalam kaca televisyen dan pawagam.
“Namun, saya menempuhnya sendiri, dua hari lalu. Lelaki ini memukul saya dengan kayu pada bahagian kepala dan badan menyebabkan saya alami kecederaan agak teruk.
“Syukur, saya dan anak selamat. Ketika kejadian, Laana sempat menjerit meminta tolong, namun, tiada sesiapa di tempat kejadian dapat membantu.
“Nasib baik, saya pernah belajar bertinju, jadi boleh mempertahankan diri apabila berlaku situasi tak terduga ini.
“Saya sempat menendang muka dan menumbuk alat sulit lelaki ini, sebelum berjaya menyelamatkan diri,” dakwa Lufya.
Pengusaha Luvyacakes itu menambah, sebagai manusia, dia harus sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam apa juga situasi.
“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri.
“Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan, sekali gus, menyelamatkan anak.
“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.
Menerusi Harian Metro pada Selasa, Hafiz
menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen adalah fitnah.
Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur selepas memuat naik rakaman video kandid yang memaparkan isterinya, Datin Almy Nadia yang kini dilihat ayu bertudung litup.
Menerusi Instagram, Fizz menulis kapsyen ringkas yang sekaligus menggambarkan perasaan syukur dan sebaknya.
“Alhamdulilah…no caption…just sad…thank you Allah,” tulis Fizz ringkas.
Selain merakamkan penampilan manis Almy, video sama turut memaparkan aksi kandid anak-anak mereka saat mengisi masa di Legoland.
Pada masa sama, perkongsian berkenaan yang dibuat Fizz baru-baru ini itu turut menarik perhatian pengikutnya yang mendoakan semoga Almy istiqamah.
Almy sebelum ini ada memuat naik fotonya mengenakan tudung namun dia dan suami belum mengulas perkara tersebut lebih lanjut.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah kurang setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkenal dengan perangai sentiasa ceria dan gila-gila, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menghiburkan pengikut laman Instagramnya apabila memuat naik video dia sedang bermain golf, baru-baru ini.
Yang menariknya, jika kebanyakan orang akan lengkap bersiap berpakaian bersesuaian untuk sukan golf, lain pula buat pemilik nama sebenar Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini.
Tampil bersahaja dengan berbaju kelawar yang sinonim sebagai pakaian tidur, Sharifah Shahirah menunjukkan ‘bakat’ terpendamnya dalam sukan elit itu.
“I hadir semata-mata nak buat content je. Dengan caption… dah pro nanti nak main dengan Permaisuri Agong.
“Glove tiada, baju dari ofis… (demi) content,” seloroh Sharifah Shahirah.
Rata-rata netizen dan rakan artis termasuk Ajak Shiro, Sheila Rusly, Dayah Bakar dan Azah Aziz mengakui terhibur dengan video yang dikongsikan penyampai radio Suria FM itu.
“Aduhai, dia buat hal lagi… suka tengoknya, tak pernah tak kelakar. Sabar je lah. Ada kerja kosong kutip bola tak?
“Power kak, semoga berjaya main dengan TPA (Tuanku Permaisuri Agong) nanti.
“Selamba je dia. Pakaian tak ketat pun macam minat-minah hot.
“Kak Shiera Tiger Woods.
“Kelawar pun kelawar la,” komen beberapa netizen.
Aktiviti sukan golf kini dilihat semakin banyak diceburi selebriti tempatan dan antara yang aktif ialah seperti Shuib dan Sharnaaz Ahmad.
Shuib juga sebelum ini berkesempatan bermain golf bersama-sama Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kejohanan Tuanku Azizah Golf Challenge.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.