Kurang sebulan dari sekarang pelakon cantik manis, Izara Aishah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama anak tiri kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Menerusi satu sumber, Izara bekata bahawa dia sememangnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.

“Semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu,” katanya.

Izara Aishah Dah Lama Sedia Nak Kahwin

Pelakon ini juga berkata, dia tidak risau jika selepas berkahwin sahamnya sebagai seorang pelakon merundum kerana dia percaya pada rezeki.

“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta berpasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana.

 

“Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin,” katanya kepada Berita Harian.

Benar apa yang dikatakan oleh Izara itu, rezeki ada di mana-mana dan tidak semestinya selepas sah bergelar isteri nanti kariernya akan merundum.

IKLAN

Baca juga: Izara Aishah Lega Tak Perlu Buat Muka Panik Lagi

Merundum atau tidak terserah kepada individu itu untuk memastikan karier berjalan seperti biasa walaupun sudah bergelar status.

Menurut Izara tentang persiapan perkahwinannya pula, dia mengambil khidmat perancang perkahwinan bagi membantunya dalam membuat segala persiapan majlis.

IKLAN

Izara Aishah Dah Lama Sedia Nak Kahwin

Katanya lagi, buat masa ini semua persiapan berjalan lancar dan dia sendiri bersyukur kerana ada yang membantu.

IKLAN

“Syukur ada yang membantu, kalau buat sendiri, pening jadinya,” ujarnya lagi.

Majlis nikah dan sanding pasangan ini akan diadakan pada 17 November nanti manakala majlis menyambut menantu bagi pihak lelaki pula akan diadakan dua hari kemudian.

Izara memberitahu, tarikh yang dipilih untuk majlis nikah dan sanding itu tidak mempunyai apa-apa simbolik. Tarik itu dipilih kerana menyenangkan pelakon ini dan bakal suaminya juga seluruh keluarga untuk berkumpul.

Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sehingga tibanya hari bahagia nanti.

Sumber: Berita Harian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI