“Itu Kereta Nenek,”- Shuib Beri Kejutan Kereta Buat Ibu Tercinta, Sentiasa Berdoa Moga Ditempatkan Di Syurga Tertinggi

Share

Berkongsi rezeki bersama keluarga dan ibu tercinta, pelawak dan penyampai radio, Shuib telah memberi kejutan istimewa kepada ibunya sebuah kereta mewah.

Kejutan itu dilakukan bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibunya.

Malah, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad mendoakan agar ibunya sentiasa dilindungi Allah.

“Happy birthday mama, 8/12, semoga dipanjangkan umur,diberi kesihatan

“Yg baik,makin harat,makin muda dan di TEMPATKAN DISYURGA PALING TINGGI…AKO SAYANG MAMA DUNIA AKHIRAT,” tulisnya. 

Menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat itu melihatkan Shuib membawa ibunya ke sebuah pusat jualan kereta.

Setibanya di sana, si ibu mulai dilihat sebak dan terharu apabila menerima kejutan berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan dan mendapat reaksi positif peminat.

Turut sama meraikan hadiah tersebut ialah isteri Shuib, Sarah Raissuddin.

Video : Instagram Shuib

IKLAN