“Its Nice To See You Again After 20 Years!” – DS Eizlan Yusof Selfie Dengan Heroin Filem ‘Panas’, Aleeza Kasim

Share

Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof ada berkongsi sekeping foto bersama Aleeza Kassim di Instagram yang merakam memori peminat.

Keduanya pernah digandingkan bersama menerusi filem Panas, Nurhalim Hj.Ismail yang ditayangkan lebih 20 tahun lalu.

“Mak ai! Makin lawalah pulak my heroin @aleeza_kasim dalam filem ‘Panas’ ni. Its nice to see u again after 20 years! #DirectorOnSet telefilem khas #MaulidurRasul  @rtm_malaysia @enuja_production @dinenuja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, keduanya bekerjasama menerusi sebuah telefilem khas sempena sambutan Maulidur Rasul.

Foto: Instagram DS Eizlan Yusof

IKLAN