Melayangkan status persediaan untuk proses melahirkan anak pertama, Kaka Azraff yang kini sedang menunggu hari telah mendapatkan rawatan di hospital.
Kongsinya, dia telah menerima tanda awal untuk melahirkan anak.
“Its almost time. Bismillah,” tulisnya.
Ads
Namun, pada perkembangan terkini, penyanyi Bukan Hal Aku ini telah menguar-uarkan bahawa ia hanya sekadar ‘falsa alarm’, namun meluahkan penghargaan atas doa yang dititipkan ke atasnya.
“Terima kasih kepada yang bertanya dan doa-doa yang dikirimkan. Namun Kaka masih lagi belum ditahan kerana ia hanya false alarm.
Ads
“Namun ia bagus untuk kami kerana membuatkan kami lebih bersedia lebih-lebih lagi Adam.
Ads
Doakan semuanya okay. Kaka dan baby dalam keadaan yang baik,” katanya menerusi Insta Story.
Kaka dan Adam Azriff, 25, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu.
Foto : Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi sekeping foto remaja perempuan yang dipercayai diculik, pelakon senior, Anne Abdullah mendakwa remaja yang dikenali sebagai Nur Farisa Damia dipercayai hilang di Sekolah Agama Kampung Jawa, Segamat sebelum sesi kelas tambahan bermula.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram, awal hari ini.
“Mohon viralkan seberapa pantas yg boleh!! Jika sesiapa ternampak budak perempuan ni yg bernama Nur Farisa Damia, sila serah kepada mana2 balai polis. Dipercayai diculik.
"Hilang pagi ini di sekolah agama kampung jawa, segamat, sebelum sessi kelas tambahan. Jika ada apa2 maklumat sila hubungi whatsapp 0184007661.
“Mohon kepada semua, viralkan dimana2 laman. Kebenaran sudah diperolehi.
Terima kasih,” tulisnya.
Selepas hampir seminggu laporan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun di Instagram yang menulis komen mempersoalkan taraf anak pelakon Rita Rudaini, akhirnya individu tersebut telah tampil menghubungi peguam aktres berkenaan.
Menurut peguam yang dilantik iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, lelaki berkenaan sudah menghubunginya sekali gus menjelaskan mengenai komen yang telah dibuat.
“Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulis di Instagram milik Rita.
“Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk ambil kenyataan.
“Berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja lagi, lelaki itu perlu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan oleh polis,” lapor mStar.
Syakirin pada masa sama turut memaklumkan, individu berkenaan setakat ini memberikan kerjasama yang baik.
“Lelaki itu memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, pelakon Rita Rudaini ada membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram, pada Isnin.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.
Netizen yang dimaksudkan telah meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.
“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Sejurus laporan polis telah dibuat, Rita Rudaini yang diwakili peguam memberi tempoh selama 14 hari buat yang terlibat untuk tampil membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah.
Bintang berusia 43 tahun itu memiliki dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun keduanya bercerai pada September 2013.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 26 Jun merupakan tarikh istimewa buat pelakon Lisa Surihani apabila dia tampil dengan imej terbaru dengan mengenakan tudung.
Berkongsi pengalaman menyarungkan hijab, bintang filem Istanbul Aku Datang ini akui persoalan tersebut (berhijab) sering menjadi tanda tanya baginya sejak bertahun lamanya.
“Sejujurnya tak boleh katakan yang ada satu episod atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhijab.
“Saya memang dilahirkan seorang Islam tetapi ada banyak yang saya rasakan, nak kata saya tak pernah belajar tentang agama atau tak pernah pergi kelas agama ke.
“Ada banyak benda yang saya kurang tahu ataupun saya rasa keliru. Banyak persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika itu.
“Ya Allah Ya Tuhanku, angkuhnya aku satu ketika dahulu, dimana saya menyoal setiap perkara tetapi saya tidak mencari ilmu itu.
“Apabila timbul berkaitan tudung, ia adalah satu soalan yang saya selama ni tertanya-tanya bertahun lamanya. Agama Islam adalah sebuah agama yang dikatakan agama akhir zaman kita,” kongsi Lisa menerusi perkongsian video Zayan My.
Malah, pelakon itu juga mendedahkan kisah disebalik peristiwa sebelum hatinya terdetik untuk berhijab.
“Ada beberapa peristiwa atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya rasa hati seolah-olah dijentik.
“Pada ketika itu di bulan Ramadan, kebiasannya, apabila saya buka Al-Quran, surah An-Nur dalam satu ayat tersebut menyatakan iaitu seorang lelaki perlu merendahkan pandangan mereka terhadap wanita.
“Disitu, saya nampak ada satu kebijaksanaan disebalik ayat tersebut membuatkan saya terfikir sebenarnya wanita ini, tidak kisah sebenarnya dia berpakaian macam mana pun.
“Sebenarnya yang kena jujur ialah lelaki untuk merendahkan pandangan mereka terhadap wanita, bukan untuk memberikan alasan kepada mereka untuk menghentam, kecam, menghakimi atau pun tidak berpakaian mengikut hukum syarak.
“Dari situ, ia membuatkan saya terfikir lebih mendalam, kemudian saya masih tertanya-tanya “patutkah aku pakai” ?
“Ada satu masa, saya buka lagi satu surah itu mengenai cara pemakaian wanita Muslimah yang sepatutnya dan ada juga kebijkasaan disebalik ayat itu. Ketika itu, saya rasa hati saya macam terjentik lagi sekali,” kongsinya sebak.
Memulakan perjalan sebagai seorang wanita Muslimah yang tampil dengan imej bertudung, Lisa akui bahawa dia juga mempunyai kisah lampau.
“Saya terfikir satu ketika, saya rasa macam “aku ini banyak dosa dalam hidup, aku rasa macam aku tak layak nak cari Dia, tak layak aku nak minta ampun dengan Dia.
“Apabila saya ditegur oleh masyarakat, orang ramai yang dekat dengan saya, saya juga baca Al-Quran, tonton video, membuatkan saya nampak keindahan Allah dan betapa sayangnya Allah kepada kita.
“Memandangkan saya rasa banyak dosa dalam hidup saya, carilah Allah walau macam mana cara sekalipun.
“Itu yang saya lakukan. Saya ingin mencari kemaafan dari Dia,” jelasnya.
Ikuti video penuh kisah inspirasi Lisa berdurasi lapan minit di bawah.
Video/Foto : Youtube Zayan My/ Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.