Pelakon, Zizie Ezette akhirnya berkongsi jantina anak ketiganya.
Dia berbuat demikian dalam satu majlis ringkas dipercayai untuk mengumumkan jantina anak yang dikandungnya itu.
Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi foto semasa majlis itu berlangsung di laman Instagramnya.
“Girl, See you in March my sweet lil angel. #InsyaALLAH,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh netizen.
Ads
Ads
Zizie berkahwin dengan Bung pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar pada 29 Disember 2017 iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.
Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat, Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.
Foto/Instagram: Zizi Ezette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
4. Mawar Rashid Mahu Rasa Pengalaman Para Ibu & Tak Sabar Momen Bersalin
Mawar Rashid yang kini sedang sarat hamil anak pertama mendedahkan dia dan suami, Raff Yaakob sudah pun mengetahui jantina anak yang dikandung.
Bagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk umumkan kerana akan membuat pengumuman istimewa itu pada suatu majlis yang bakal di adakan tidak lama lagi.
Pelakon Ezzaty Abdullah ada memuat naik dedikasi istimewa bersempena dengan kelahiran anak pertamanya, tanggal 6 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzaty ada memuat naik foto throwback saat mengandungkan Harum Dalia.
“Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam.
“Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.
“Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah,” tulis Ezzaty panjang lebar.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya