Pelakon, Intan Najuwa memuat naik sekeping foto bersama bekas tunang di laman Instagram miliknya.
Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh, namun ia seakan-akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di antara keduanya.
Sementara itu menerusi ruang komen pula, netizen mulai membuat spekulasi sendiri, membayangkan mereka sudah berbaik.
Terdahulu, Intan Najuwa, 23, mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari lalu bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, kerana sudah tidak ada persefahaman.
Keduanya mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira 10 bulan mengikat tali pertunangan.
Foto : Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jurusolek terkenal dari utara, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabila Zulyadaini mendedahkan dirinya pernah diperlekehkan apabila ada sesetengah pihak menghina cara solekannya.
Bagaimanapun, dia tidak mudah melenting dengan kata-kata tersebut kerana percaya rezeki boleh datang dalam pelbagai cara.
Sehingga kini, jurusolek berkenaan sudah berjaya ‘buka mata’ ramai dan membuktikan dia juga boleh berjaya atas usaha, sekaligus mampu memiliki sebuah rumah mewah.
“Mcm² viral sy sini.. Sy diam sedikit pon xdk maki3 atau apa.. Sbb sy percaya rezeki kita Allah yg punya dia lah nk bg dialah nk tarik.
“Redha doa sabar banyak2..skrg sy cuba buktikan.. Sy pon nk berjya mcm org lain.. ..haih nk tuliss tkut pjnga sgt hehe. Smpai lani pom masih ada yg xsnng tgk kita.
“Alahaii… Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni… Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat.. Yg lain byk beli kami buat homestay… Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk.. Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut merancang untuk membina kolam renang di kediaman sama.
“Dapur kering, dapur basah besar bg kami…. Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.
“Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh.. Kami doakan hampaa dimurahkan rezeki berjya dunia akhirat.. Menjdi org yg baik untuk smua org.. Aminn,” tulisnya lagi.
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menzahirkan rasa gembira bersama sayu apabila melihat akan kesungguhan mereka yang hadir mencari peluang pekerjaan bersama jenama BubbleBee miliknya.
Membuka peluang pekerjaan untuk melengkapkan kekesongan bagi 100 jawatan terpilih, suami kepada penyanyi Sarah Raissuddin itu turut menambah, ada di antara peserta temuduga yang hadir adalah luar dari Lembah Klang.
“Syukur alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ibu pejabat yang terletak di Puchong, Selangor dipenuhi mereka yang ingin bersama-sama mengembangkan kerjaya dengan kami.
“Kalau lebih 300 orang yang datang dan masing-masing mempraktikan penjarakan sosial dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter, boleh jadi sepanjang 3 kilometer juga panjangnya tu,” jelasnya.
Berkongsi lanjut, Shuib turut menambah sesi temuduga terbuka itu dijalankan selama dua hari bermula 10 Jun lalu.
Pada masa sama, Shuib juga terkesan apabila ada di antara mereka yang hadir sebenarnya baru sahaja hilang pekerjaan impak dari krisis pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak syarikat ditutup dan mengakibatkan mereka hilang mata pencarian.
Malah, dia turut memahami serta dapat merasai sendiri kepayahan mereka yang mencari kerja memandangnya dirinya juga pernah berada pada situasi sama satu ketika dahulu.
“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.
“Kalau boleh saya mahu mereka semua dapat pekerjaan tapi apakan daya, peluang yang disediakan agak terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki.
“Terima kasih buat yang sudi luangkan masa dan hadirkan diri pada sesi tersebut. InsyaAllah yang berjaya akan dihubungi tidak lama lagi,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan BubbleBee pula, Shuib menjelaskan ia bakal membuka enam lagi cawangan baharu dalam tempoh terdekat.
“Sebab itu saya menyeru kepada rakan-rakan artis atau orang perseorangan yang lain yang mempunyai modal tapi tak tahu nak berniaga apa, datanglah kepada kami.
“Setidakya mereka boleh berniaga di samping membuka peluang pekerjaan baharu buat orang lain juga. Ini sebenarnya kepuasan sebenar bila berniaga dan bukannya sekadar mengaut keuntungan semata-mata,” tambahnya jujur.
Sementara itu, Sarah pula menerusi satu posting di Instagram turut menyatakan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima terhadap BubbleBee.
Perkara itu dijelaskan penyanyi Semakin ini menerusi satu klip yang merakamkan sesi temuduga yang berjalan.
“MasyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah ianya berlaku. Sejujurnya niat kami (saya dan shuib) adalah untuk membantu orang ramai dengan peluang perkerjaan, antara niat kami yang menjadi kenyataan.
“Saya doakan agar anda semua dimurahkan rezeki,” tulis Sarah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.