Seorang atlet renang muda Sarawak yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati oleh ibunya di kediaman mereka di Tabuan Laru, Sarawak, pada Khamis.

Suara Sarawak yang dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim, 19, didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumahnya.

“Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Menurut ibu mangsa, mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

IKLAN

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menjemput adiknya pulang dari sekolah.

Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan dikatakan baru pulang menjalani latihan di Singapura.

IKLAN

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, beberapa jam sebelum atlet berkenaan ditemui mati, Aryton Lim dipercayai ada memuat naik satu IG Story yang mungkin menjadi posting terakhir, iaitu;

IKLAN

“It has been a wonderful 19 years, and i’m grateful if you’re part of it :)Thank you.”

Menjengah ke ruangan komen di Instagram juga, para peminat turut memberikan dedikasi terakhir selain tumpang sedih atas berita kematian atlet muda berbakat itu.

“It Has Been A Wonderful 19 Years, And I’m Grateful If You’re Part Of It ,” – IG Story Terakhir, Atlet Renang Sarawak, Ayrton Lim Ditemui Mati “It Has Been A Wonderful 19 Years, And I’m Grateful If You’re Part Of It ,” – IG Story Terakhir, Atlet Renang Sarawak, Ayrton Lim Ditemui Mati “It Has Been A Wonderful 19 Years, And I’m Grateful If You’re Part Of It ,” – IG Story Terakhir, Atlet Renang Sarawak, Ayrton Lim Ditemui Mati

Foto: Instagram Aryton Lim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI