Menginjak usia 33 tahun, pelakon Isyariana mengakui ada terfikir untuk mendirikan rumah tangga namun ia bukanlah fokus utama buat dirinya pada ketika ini.
Menurut Isyariana atau nama sebenar, Isyariana Che Azmi, 33, kegagalan rumah tangga ibu bapanya sedikit sebanyak memberi kesan buat dirinya yang mana dia melihat sendiri keadaan ibunya yang bangkit selepas melalui situasi tersebut.
“Saya percaya jodoh itu ada dan tidak menolaknya, kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan senang.
“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya.Kalau boleh saya tidak mahu berhadapan dengan penceraian tetapi perancangan Tuhan, siapa yang tahu,” katanya kepada MH.
Isyariana ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang diadakan di Z Botanica by Nicksman, One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Isyariana berkata dia tidak serik untuk bercinta sebaliknya mempunyai ‘trust issue’ yang mana menyebabkan mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya pasti akan berlalu pergi sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.
“Saya masih belum berkahwin bukan disebabkan takut teraniaya atau sebagainya. Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini.
Ads
“Tapi, masalah sebenarnya adalah saya susah hendak mempercayai seseorang lelaki itu. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil masa lama untuk mengenalinya.
“Sehingga membuatkan dia rasa bosan dan berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa seterusnya… jadi, akhirnya dia pun pergi,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Isyariana berkata dia mengimpikan jejaka yang bukan berlatar belakangkan industri hiburan selain si dia mestilah seorang yang tidak banyak bercakap.
“Saya mahu yang pendiam. Saya suka orang yang hanya bercakap perkara penting sahaja. Biar saya sahaja banyak bercakap.
Ads
“Selain itu, kalau boleh saya mahu elakkan individu yang bergelar selebriti,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Isteri Halal, Isyariana berkata dia teruja apabila pertama kali dapat bekerjasama di bawah syarikat produksi Radius One.
Menariknya, jalan cerita yang dibawakan drama itu mengetengahkan isteri teraniya yang cuba bangkit daripada suami yang berlaku curang terhadapnya.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah produksi Radius One, memang cukup teruja sebab dah lama memang nak berlakon dengan mereka.
“Saya pun suka dengan watak Adelia yang mana kali ini memperlihatkan watak isteri yang kembali bangkit bila diri dicurangi suami, lain daripada watak-watak baik yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Isteri Halal yang diarahkan Uchee Fukada bakal memulakan siaran pada 27 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
Ia mengisahkan kisah hidup Adelia (Isyariana) yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn (Aidit Noh), seorang lelaki daripada keluarga miskin.
Zayn kemudiannya bermain kayu tiga di belakang Adelia dengan menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra, lakonan Uqasha Senrose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian pelakon Amyra Rosli mengenai kejutan yang dilakukan suami iaitu pembelian kereta baharu menarik perhatian netizen.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar Baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.
“Dengan izin Allah. For him dan for her, Alhamdulillah.
“Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga,” tulisnya sambil disusuli sabda Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
“Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.
“Hadith Riwayat Muslim: 994,” tulis Amyra di ruangan kapsyen.
Rata-rata warga maya memberi pujian buat pasangan selebriti ini yang dilihat sangat bersederhana walaupun mereka lebih daripada mampu untuk membeli kenderaan yang jauh lebih mahal dan mewah.
“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dh bersyukur. Tak payah BMW, Merc ka. Sederhana Alhamdulillah.
“I just wanna say, sejuk hati tengok video ni. You guys sangat pure and transparent couple. They just happy on their way sebab semua hanyalah pinjaman Allah.
“I selalu perasan this couple punya life journey, they are supporting each other sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. Even i rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way.Teruskan this kind of attitude, semoga Allah rahmati keluarga ini dunia akhirat.
“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till jannah insya-Allah,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Corrie Lee ada berkongsi cerita dan pengalaman dirinya menikmati makanan tidak halal sebelum memeluk agama Islam, pada tahun 2007.
Adam memaklumkan isterinya, Fazema Mohd Fuad sering bertanyakan soalan tersebut kepada dirinya.
Selain pernah makan haiwan seperti Babi dan minum arak, pelakon berusia 52 tahun ini mendedahkan dia juga mempunyai pengalaman makan haiwan dua alam iaitu Katak.
“Bidadari suka tanya, apa yang saya makan (non-halal) sebelum syahadah.. hari itu dia tanya pasal babi dan arak.. kali ini tanya pasal katak pulak.
“Apa lagi saya usik la dia Katak Masak Kam Heong, Masak Cili Kering. Sebab dia geli dengan katak. Pengalaman dulu dengan sekarang. Islam ajar kita pilih makanan yang bersih & halal,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam mengharapkan perkongsiannya ini menjadi satu dakwah kepada orang ramai.
“Video tahun lepas.Ini salah satu dakwah santai saya pada belum Muslim & saudara muslim saya tentang pengalaman saya.
“Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #cinaMuslim,” tulisnya pada video sambil mengusik isterinya itu.
Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto: Instagram Adam Corrie Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.