Pelakon Amar Baharin menyambut baik respon yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu membabitkan tanah milik keluarganya yang didakwa dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.

Menurut Amar, dia kini masih menunggu dan bersedia untuk mengadakan sebarang rundingan bersama pihak berwajib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Baik. Saya masih menunggu pihak PTG Selangor atau Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat atau sesiapa yang bertanggungjawab menyelesaikan kes ini untuk menghubungi saya (atau Ibu saya ) supaya rundingan dapat dijalankan.

“Saya setia menunggu,” tulisnya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh suami kepada pelakon Amar Baharin itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Isu Tanah: MB Selangor Dedah Sistem Rekod Dilaksanakan Secara Manual, Amar Baharin Sedia Berunding

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro pada Rabu, Amiruddin mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga Amar di Semenyih bukan kes pertama di negeri ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini.

“Bagi kes (tanah milik keluarga) Amar Baharin, saya belum dapat laporan rasmi berhubung perkara itu.

“Tetapi menurut maklumat yang saya dapat, tanah keluarga Amar Baharin sudah diratifikasi kembali.

IKLAN

“Saya hendak tegaskan kembali, ini bukan kes pertama kali dan kebanyakannya ia disebabkan perekodan yang dibuat secara manual sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.

Amirudin berkata, disebabkan isu berkenaan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang agak besar.

“Dalam tempoh 10 tahun (dari) saya jadi Exco kerajaan negeri sampai saya jadi Menteri Besar, terdapat lebih empat lima kes yang sama di mana tanah yang sudah dimiliki, diberikan kepada orang lain.

IKLAN

“Tetapi dengan sistem pemilikan e-tanah yang digunapakai oleh kerajaan negeri sebelum ini dan juga pada masa sekarang, kita percaya kes-kes seperti ini dapat dielakkan ataupun berjaya ditangani di peringkat awal.

“Saya yakin kes itu (tanah keluarga Amar Baharin) dapat ditangani, saya akan maklum secara rasmi kepada Amar atau pihak pejabat tanah akan memaklumkan hal itu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Amar menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih yang dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.

Amar dalam perkongsian menerusi akaun X dan Instagram mendedahkan kejadian itu disedari keluarga ketika arwah bapanya masih hidup, apabila meninjau kawasan tanah untuk diusahakan namun terkejut apabila mendapati sebuah rumah dibina di situ.

Dalam perkongsian itu, Amar turut mempersoalkan siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI