Bukan mudah tau nak pegang ‘title’ ibu ini terutamanya mereka yang bekerja dan ingin menyusukan anak secara ‘breastfeed’. Banyak cabarannya.

MH rasa semua ibu berkerjaya mengalami dilema cara untuk terus menyusu badan anak tapi kekangan masa kerja menjadi punca menyebabkan ramai para ibu beralih pada susu formula.

Sama seperti ibu-ibu lain, pelakon, Nad Zainal, 28 tahun turut berfikiran sama dan meminta tips untuk putus susu di laman sosial, namun begitu, niatnya itu disalah anggap apabila ada netizen yang menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk tidak menyusukan anaknya.

Isu Susu Badan, Nad Zainal Jelaskan Apa Yang Terjadi Sebenarnya!

IKLAN

Tidak mudah melatah dengan tuduhan netizen, Nad menjelaskan bahawa tuntutan kerja yang memerlukan dia berjauhan dengan anaknya memaksa dia berbuat demikian.

Isu Susu Badan, Nad Zainal Jelaskan Apa Yang Terjadi Sebenarnya!

“Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

“I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation,” tulisnya menerusi Instastory.

Katanya lagi, dia juga ingin menyenangkan kerja suaminya sekiranya terpaksa menjaga anak mereka apabila dia terpaksa ‘outstation’ nanti.

IKLAN

Isu Susu Badan, Nad Zainal Jelaskan Apa Yang Terjadi Sebenarnya!

“Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak,” tulisnya lagi.

MH harap, lepas ini netizen tidak lah mudah menuding jari tuduh yang bukan-bukan kerana mungkin ada sebab yang munasabah Nad buat begitu.

IKLAN

Dalam pada itu, Nad juga mungkin boleh berhati-hati bila berkongsi sesuatu di media sosial, takut nanti insiden seperti ini berlaku lagi.

ends

Sumber: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI