Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Zara Zya ada memuat naik status menerusi Instagram menyatakan soal hati dan perasaan baru-baru ini. Lalu entri berkenaan dikatakan mempunyai kait rapat dengan hubungannya dengan pelakon, Hafrezz Adam.

Tidak mahu memberi komen lanjut dan enggan menjadikan isu tersebut terus dipanjang-panjangkan, penyanyi Tiada Dendam ini bagaimanapun mengharapkan yang terbaik.

“Biasalah kan. Doakan yang terbaik dan kalau boleh saya tidak mahu panjangkan isu tersebut kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada selepas ini dia akan menghadkan apa-apa entri berkenaan dengan sisi peribadi, Zara mengakui sebelum ini dia bukanlah seorang yang suka canang mengenai hal privasi, apatah lagi menerusi media sosial.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bn_oWYvHpd_/?hl=en&taken-by=zarazya

“Saya tidak tahu sama ada selepas ini akan post lagi mengenai hal sama atau sebaliknya. Sebab saya sebenarnya seorang yang perahsia. Meski saya suka kongsi, tetapi kebanyakan foto atau status adalah hal yang ‘happy’ sahaja yang boleh berikan motivasi kepada peminat.

 

“Hanya post fasal perkara positif, benda-benda macam ni saya jarang kongsi. Cuma itulah, bila jadi keadaan yang tidak betul, kita pasti akan melakukan sesuatu yang di luar kawalan,” katanya lagi.

Mengakui apa yang berlaku agak sensitif, Zara bagaimanapun akui setelah bersama pelakon tersebut dia boleh dikatakan agak terbuka di dalam berkongsi isu peribadi.

IKLAN

“S terutamanya dalam hal melibatkan pasangan hidup. Jadi bila bersamanya, kami agak terbuka. Doakan yang baik-baik sahaja,” terang Zara yang bakal menggalas tugas sebagai hos di malam Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung Oktober depan.

Berkongsi mengenai perkara itu, bintang ini tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar tetapi teruja pada masa sama, memandangkan kepercayaan yang diterima ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata.

IKLAN

“Anugerah Bintang Popular, bila orang cakap semua akan tahu. Ia suatu majlis anugerah yang ‘grand’. Jadi bila dapat peluang untuk jadi hos bersama Janna Nick dan Ajak sudah tentulah saya bangga dan berbesar hati. Tawaran ini mungkin hanya datang sekali seumur hidup. 

 

“Jadi saya mahu cabar diri dan suka mencuba. Sebab saya kalau rasa tidak mampu, awal-awal lagi saya let go’. Tetapi untuk kali ini saya kata ‘go for it. InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik,” akui Zara yang turut mendapatkan tips pengacaraan daripada rakan selebritinya.

Terdahulu, Zara ditemui media pada majlis pelancaran dan pengumuman senarai penyanyi bakal membuat persembahan serta barisan penyampai trofi di Istana Budaya pada Sabtu.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI