
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana tampil memberikan reaksi selepas menerima kritikan kerana didakwa menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke G@za, Palestin tanpa ditemani mahram, baru-baru ini.
Menurut Zizi, isu tersebut tidak sepatutnya dipanjangkan lagi kerana ia sudah dijelaskan dengan baik oleh pihak mufti dan jabatan agama.

“Saya sebenarnya tak tahu mengenai isu ini. Apa yang boleh saya kongsikan, setiap misi kemanusiaan itu pasti ada lelaki dan perempuan.
“Seperti misi kami ke G@za baru-baru ini, di sana ada ramai wanita dan bukan sekadar lelaki semata-mata.
“Tujuan kami sertai misi itu adalah untuk mewakili seluruh wanita di Malaysia untuk menyantuni para wanita yang ada di G@za.
“Jadi, kalau nak pertikaikan soal mahram, pada saya, saya hanya perlu minta izin daripada suami dan keluarga.
“Selepas viral isu ini, kita dapat penjelasan yang bagus daripada mufti dan jabatan agama. Jadi, saya rasa tiada isu,” katanya kepada MH.
Zizi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Hayya 3: Gaza, baru-baru ini.

Fokus Kami Adalah G@za, Bukan Diri Sendiri
Dalam masa sama, Zizi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan seorang pereka fesyen yang didakwa mempertikaikan niatnya untuk menyertai misi berkenaan.

“Untuk isu melibatkan pereka fesyen itu, saya mohon maaf kerana tidak tahu langsung. Bila saya sendiri tak tahu, bagaimana pula saya nak tersinggung?
“Selepas balik daripada misi, saya demam dan banyak berehat serta luang masa dengan keluarga. Kebetulan, ibu saya dari Sabah juga ada datang ke Kuala Lumpur.
“Jadi, saya memang tak keluar sangat atau melihat sosial media. Apa yang rakan-rakan misi kongsikan, saya hanya approve sahaja untuk collab,” kongsinya lagi.
Menurut penyanyi lagu Pijak itu, segala perkongsian di media sosial selepas misi bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya untuk membuka mata masyarakat tentang hakikat sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.

“Apa yang kami ingin tekankan di sini, kami berkongsi kisah-kisah itu untuk pastikan semua yang mendengar tahu tentang situasi kezaliman Zi0nis yang sebenarnya.
“Bila orang kita sendiri yang mengalami, rasanya lebih dekat untuk orang-orang di luar sana mendengar dan menerima cerita itu.
“Namun, segala kisah itu bukanlah berkaitan kami. Apa yang terjadi ini bukanlah untuk dijadikan bahan meraih perhatian. Fokus kita adalah G@za.
“Jadi, saya selalu seru kepada para pengikut saya di media sosial untuk terus bercerita tentang G@za,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




