Selepas isu baju pengantin Izara Aishah yang dikritik netizen, kini penampilan Uqasha Senrose turut menjadi mangsa kecaman. Selepas memuat naik gambar ootd dua hari lalu menerusi laman Instagram (IG), aktres cantik itu dihentam teruk netizen gara-gara ‘mengedit’ gambar secara keterlaluan hingga menampakkan fizikal tiang pintu dan tingkap turut sama ‘runcing’ dek hasil edit pelakon berkenaan.

Mengulas mengenai isu tersebut, Uqasha ketika dihubungi MH mengakui ada edit gambar yang dimaksudkan, kerana sering dilabel gemuk oleh segelintir netizen.

IKLAN

“Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping. Kalau nak diikutkan, gambar sebelum dan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan nak kurus macam tiang dinding pun,” luah Uqasha yang pada masa sama turut menempelak individu yang sanggup edit balik gambar sebelum dan selepas ia dimuat naik.

 

“Yang buat before dan after tu pun gigih, macam tiada kerja lain. Apa pun, saya okay sahaja sebab hatters gonna hate always. Ada saja kesalahan yang akan dicari,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, dramatis yang juga kakak kepada Nelydia Senrose ini kini sibuk di lokasi telefilem, Pulangkan Kasihnya arahan Al-Bakri Harith yang bakal disiarkan pada Hari Raya Korban tahun hadapan.

“Selepas selesai menjalani penggambaran filem bersama Dato’Awie, kini saya sedang sibuk di set drama Pulangkan Kasihnya. Akan datang, Insya-Allah selepas ini saya bakal terlibat di dalam sebuah filem seram pula.

 

“Alhamdulillah dengan rezeki tawaran lakonan yang saya terima sekarang,” kata pelakon cantik yang kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama selebiriti, Hefny Saad.